berita

Disihir & Ditipu Kakitangan Sendiri, Ayie Floor 88 Ambil Keputusan Tutup Perniagaan – ‘Pelanggan Tak Nampak Kafe Kami’

May 9th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mengambil keputusan untuk tutup perniagaan kafenya di kawasan Setapak, Kuala Lumpur oleh kerana beberapa faktor yang terjadi.

Artikel Berkaitan: Ayie Floor 88 ‘Pejam Mata’ Bayar Harga Tiket Mahal Pulang Ke Sabah

Artikel Berkaitan: Isteri Ayie Floor88 Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Artkel Berkaitan: ‘Dia Sembunyi-Sembunyi Buat Ujian Kehamilan’ – Isteri Hamil, Ayie Floor 88 Teruja Bakal Jadi Bapa

Disihir berkali-kali

Menerusi laporan Berita Harian, Ayie menghadapi gangguan sihir pada Disember lalu.

Difahamkan, perniagaan kafe yang diusahakan oleh Ayie itu sudah beroperasi lebih dari dua tahun dan hampir RM100,000 dikeluarkan untuk modal.

Kafe ini mula beroperasi sejak pertengahan 2020. Namun, ada perkara misteri yang berlaku lima bulan selepas itu. Antaranya adalah pelanggan tak nampak kafe kami atau kelihatan seperti tidak beroperasi. Selain itu, nasi yang dimasak menjadi basi dalam tempoh beberapa jam.

Saya berjumpa ustaz dan difahamkan kafe memang terkena gangguan sihir oleh individu yang tidak senang melihat kejayaan dan kebahagiaan saya.

Tambahnya lagi, usahanya dalam berubat sebanyak 10 kali itu seperti tiada penghujung kerana sihir yang kerap kali datang kembali.

Duit disonglap

Selain daripada itu, pemilik lagu ‘Zalikha’ tersebut turut memaklumkan ditipu oleh juruwang iaitu kakitangannya sendiri.

Katanya, untung yang diperoleh seperti tidak cukup kerana sambutan yang meriah di kafenya. Namun, segalanya terbongkar apabila dirinya memeriksa sendiri di kamera litar tertutup (CCTV).

Saya tak tahu juruwang ambil duit sebanyak RM13,000. Dia buat secara senyap.

Meskipun ramai pelanggan dan jangkaan untung antara RM1,000 hingga RM2,000 satu malam, tapi jumlah untung yang diberikan hanya RM500.

Disebabkan serabut dengan isu gangguan sihir dan wang kafe hilang, saya mengambil keputusan untuk menutup perniagaan.

Difahamkan, Ayie membuat laporan polis namun enggan kakitangannya itu dimasukkan ke penjara dan memilih untuk menyelesaikan hal tersebut secara bersemuka.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×