berita

KTMB Tawar Diskaun 50% Tiket ETS Sehingga 31 Disember

November 22nd, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Bermula 1 November hingga 31 Disember ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang murah sebanyak 50 peratus dan 25 peratus untuk Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS). Promosi hebat itu sebagai tanda penghargaan kepada penumpang setia ETS di samping menggalakkan lebih ramai penumpang merasai pengalaman menaiki tren KTMB.

Bagi perjalanan Isnin hingga Khamis

Menerusi laporan Kosmo Online, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata bagi perjalanan pada hari Isnin hingga Khamis, promosi diskaun 50 peratus diberikan kepada laluan Kuala Lumpur Sentral-Gemas-KL Sentral dan Sungai Petani-Padang Besar-Sungai Petani.

Bagi promosi diskaun tambah murah 25 peratus, promosi adalah untuk ke mana-mana destinasi laluan tren ETS yang sedia ada bagi perjalanan pada hari Selasa dan Rabu.

Pembelian tiket boleh dibuat di kaunter-kaunter KTMB sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebagai tanda penghargaan

Tambah beliau lagi, jika sambutan terhadap promosi ini menggalakkan, pihaknya akan melanjutkan promosi kadar tambang murah itu sehingga ke tarikh tertentu.

Pada tahun 2019, melalui inisiatif menggalakkan penggunaan pengangkutan awam oleh pihak kerajaan, perancangan menaiktaraf perkhidmatan ETS dengan konsep lebih menarik akan diperkenalkan dan dilaksanakan.

16 perkhidmatan sehari

Mohd Rani berkata, dengan purata jumlah penumpang adalah seramai 1,500 orang sehari, perkhidmatan yang diperkenalkan sejak 12 Ogos 2010 mempunyai 16 perkhidmatan sehari bagi laluan perjalanan antara Kuala Lumpur – Ipoh.

Kini, ETS telah berkembang dengan memberi lebih banyak pilihan laluan perjalanan di antara Sektor Selatan dan Sektor Utara, iaitu 36 perkhidmatan sehari dengan purata jumlah penumpang 12,000 orang sehari.

Sumber: Kosmo Online

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×