Sekadar gambar hiasan
Umum mengetahui, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80% bermula 9 Disember yang lalu sehingga 13 Disember bersempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Berita baik dikongsi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim disifatkan sebagai ‘durian runtuh’ kepada pengguna jalan raya sekali gus, dapat memberikan penjimatan yang berganda buat mereka.
Tempoh dipanjangkan
Sekadar gambar hiasan
Terbaru, pihak PDRM memaklumkan tempoh diskaun bagi bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 31 Disember. Ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, pelanjutan tempoh bayaran kompaun ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menjelaskan saman mereka.
Disebabkan sambutan yang menggalakkan sama ada di kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, maka kita memutuskan untuk melanjutkan tempoh kompaun bayaran saman.
Setakat ini sebanyak 2.3 juta saman sudah diselesaikan oleh orang ramai. PDRM juga sedia maklum berhubung kesesakan di kaunter bayaran saman serta kesesakan pembayaran secara dalam talian pada waktu puncak.
Justeru, dengan tempoh yang dilanjutkan ini orang ramai mempunyai masa yang panjang untuk menjelaskan saman tertunggak mereka.
Selain daripada membuat pembayaran menerusi di kaunter bayaran saman atau pun secara dalam talian, hari ini admin nak kongsi cara mudah lain yang korang boleh guna untuk bayar saman trafik. Memang mudah dan cepat!
No 1 tekan paybills & tekan pembayaran saman PDRM.
No 2 tekan teruskan & masukkan no kad pengenalan.
No 3 tekan untuk buat bayaran dan simpan resit sebagai simpanan.
Untuk tambahan, hanya mesin pengeluaran automatik (ATM) Maybank sahaja dibenarkan bagi membuat bayaran saman dan kadar diskaun adalah sama seperti mana yang dibayar di kaunter mahu pun dalam talian.
Sumber: Berita Harian & Facebook