berita

Diskaun Bil Elektrik TNB Diteruskan Hingga Hujung Tahun Ini

October 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Berita baik buat rakyat Malaysia, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan pengguna akan terus menikmati diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus berdasarkan penggunaan elektrik bulanan mereka.

Diskaun ini bermula dari 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020.

Diskaun bil elektrik

Infografik:Tenaga Nasional Berhad

Diskaun ini diberikan sebagai tanda sokongan TNB kepada usaha kerajaan bagi mengurangkan impak Covid-19 kepada rakyat. Diskaun yang diberikan adalah bermula 2% sehingga 50% bergantung kepada kadar penggunaan isi rumah.

Pengurangan ini adalah lanjutan daripada Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

Tiga inisiatif diteruskan

Infografik: Tenaga Nasional Berhad

Menurut sumber, pihak TNB turut meneruskan tiga inisiatif untuk pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini.  Inisiatif itu adalah Pelan Bayaran Mudah (pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan), pengecualian surcaj lewat bayar (bagi tempoh 18 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020) dan ketiga, penangguhan aktiviti pemotongan bekalan, kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan daripada pihak berkuasa.

Untuk sebarang maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web TNB atau e-mel [email protected] dan hubungi talian Careline 1-300-88-5454.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad 

SKIP THIS AD ×