berita

Diskaun Penjawat Awam, Antara 7 Promosi Yang Bakal Direbut Ramai Untuk Cuti-Cuti Dalam Malaysia

December 30th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Yay! Dah boleh pergi bercuti!

Percutian memang menyeronokkan. Beruntung kalau dapat pergi bercuti dengan orang tersayang. Malaysia pun dah banyak tempat menarik untuk diterokai. Walaupun kita tak boleh pergi bercuti ke luar negara lagi, kita masih boleh bercuti dalam Malaysia dengan lebih enjoy.

Cuti-Cuti Malaysia korang akan lebih seronok kali ni sebab banyak pakej percutian dalam Malaysia yang tengah bersepah sekarang. Lagipun kerajaan melalui MOTAC dan Tourism Malaysia bersama industri sedang memberi insentif kepada rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara. Kat sini kami dah siapkan senarai untuk korang dengan cara-cara penebusan sekali. Nanti guna la semasa pergi bercuti okay?

Pakej penerbangan dengan baucar diskaun RM50 oleh Malindo Air

Kredit: TTR Weekly

Tempoh tempahan: Bermula 26 November 2020
Tempoh perjalanan: Sekarang – Mac 2021

Suka naik flight kalau pergi bercuti? Syarikat penerbangan terkemuka iaitu Malindo Air tawarkan baucar diskaun RM50 bagi setiap perjalanan domestik untuk seorang. Korang boleh gunakan baucar ni untuk perjalanan sehala atau dua hala dalam kelas ekonomi atau perniagaan.

Cara menebusnya:

  • Daftar secara online di https://www.malindoair.com dengan nama penuh, no. kad pengenalan, e-mel, nombor telefon dan gambar kad pengenalan yang sah.
  • Pengguna akan terima kod promo unik melalui e-mel.
  • Buat tempahan tiket penerbangan dan nikmati baucar diskaun.

Beli 1 percuma 1 pas MY30

Kredit : Berita Harian

Tempoh tempahan: Bermula 21 Disember 2020
Tempoh perjalanan: 15 Januari – 31 Mac 2021

Buat yang menggunakan pengangkutan awam, korang mesti suka tawaran ni. Korang hanya perlu beli pas MY30 dan dapat 1 pas percuma pada bulan seterusnya. Korang kena cepat sebab ianya terhad untuk 8,333 penebusan pertama. Siapa cepat dialah dapat!

Cara menebusnya:

Korang boleh beli pas MY30 di mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT. Selain itu, korang juga boleh dapatkannya dari lapan hab stesen bas ini – Pasar Seni, KLCC, Seksyen 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, Sunway Pyramid, Pearl Point, dan Puchong Utama.

Tebus e-baucar RM20 dengan kad Touch ‘n Go untuk Tol PLUS

Kredit: soyacincau

Tempoh tawaran: Januari – Mac 2021

Kalau pergi bercuti dengan kereta mesti korang terpikir nak jimatkan bajet untuk tol kat lebuhraya kan? Jangan lupa tebus e-baucar RM20 melalui kad Touch ‘n Go korang. Bolehlah korang jimat duit tol dan berbelanja untuk pergi bercuti dengan keluarga nanti.

Cara menebusnya:

  • Daftar secara online di aplikasi PLUSMiles (sekiranya bukan ahli PLUSMiles)
  • Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor kad Touch ‘n Go dan email korang
  • Maklumat selanjutnya akan diberikan melalui aplikasi PLUSMiles untuk korang menebus e-baucar RM20 menerusi kad Touch ‘n Go di stesen minyak Shell yang menyertai program ini (penebusan secara percuma di Shell)

Rebat e-baucar RM100 & RM50 untuk kategori hotel yang ditempah di Shopee

Kredit: www.thedanna.com

Tempoh menginap: Disember 2020 – Mac 2021

Untuk pengetahuan korang, korang boleh tempah penginapan hotel yang ada di aplikasi Shopee. Hasil kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Shopee, korang akan dapat rebat e-baucar sebanyak RM100 untuk tempahan hotel 4 dan 5 bintang. Selain tu, korang akan dapat rebat e-baucar bernilai RM50 untuk tempahan hotel 1 hingga 3 bintang.

Bagi 18,750 pembeli pertama juga akan menerima baucar tunai membeli-belah di Shopee bernilai RM20. Bolehlah shopping guys! Untuk penebusan, korang tengok je caranya di sini.

Rebat RM20 di Touch’n Go e-wallet dengan Jom Nginap

Kredit: KLGadgetGuy

Tempoh tawaran: Disember 2020 – Mac 2021

Kalau korang nak tahu, ada kempen Jom Nginap dengan kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) dan GKash.  Kempen ni membolehkan korang untuk dapat rebat RM20 di Touch’n Go e-wallet tau.

Cara menebusnya dengan Jom Nginap:

  • Pengguna Touch’n Go e-wallet perlu buat tempahan bilik melalui platform Touch ‘n Go Jom Nginap dengan amaun minimum sejumlah RM50.
  • Rebat bernilai RM20 akan dikreditkan di akaun Touch’n Go e-wallet dalam masa 3 hari bekerja.
  • Rebat hanya diberikan sekali je.

Diskaun sehingga RM100 untuk pembelian pakej percutian di Shopee

Kredit: Pakej Percutian

Tempoh Tawaran : Januari – Jun 2021

Nak pakej percutian dengan harga berbaloi? Inilah masanya korang bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan dengan membeli pakej percutian di Shopee. Macam-macam jenis pakej ditawarkan!

Ada potongan diskaun sehingga RM100 yang korang boleh nikmati.  Jimat beli pakej, boleh korang berbelanja dengan yang lain kan?  Jom Cuti-Cuti Malaysia!

Cara menebusnya:

  • Masuk ke aplikasi Shopee dan tekan butang Pakej Percutian
  • Pilih pakej yang korang berminat
  • Masukkan kod diskaun yang dipaparkan di Shopee untuk dapatkan potongan harga
  • Pembayaran hanya melalui Shopee Pay dalam aplikasi Shopee untuk menikmati diskaun
  • Pengguna akan menerima maklumat dari Shopee seperti bukti pembayaran serta maklumat syarikat/agen pelancongan untuk lebih mudah dihubungi

Pakej istimewa untuk penjawat awam sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia

Kredit: Jom Jalan

Tempoh tawaran: September 2020 hingga Mac 2021

Bagi menghargai usaha dan perkhidmatan penjawat awam, satu pakej istimewa sempena Cuti-Cuti Malaysia telah dilancarkan pada 3 September 2020. Program dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) adalah inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

CUEPACS dilihat sebagai platform terbaik untuk mendekati kumpulan sasaran. Kongres ni merupakan gabungan kesatuan yang mewakili penjawat awam di Malaysia dengan keahlian seramai 1.2 juta penjawat awam daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam. Ia merangkumi pelbagai agensi dan sektor kerajaan.

Setelah PKP dilaksanakan, penjawat awam adalah golongan paling kurang terkesan kerana mempunyai pendapatan boleh belanja yang lebih tinggi berbanding golongan lain. Pakej istimewa untuk penjawat awam sempena Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia ni diharap dapat menggalakkan penjawat awam untuk melancong dalam Malaysia.

Kredit: YOY Network

Oleh itu, korang yang menjadi penjawat awam ni kena la dukung hasrat kerajaan untuk melonjakkan ekonomi negara dengan bercuti dalam Malaysia. Industri dah berikan tawaran istimewa dan diskaun terbaik eksklusif buat penjawat awam macam korang. Jadi, korang ambil la peluang ni untuk nikmati percutian dalam Malaysia yang bermakna bersama keluarga.

Dah bersedia untuk Cuti-Cuti Malaysia? Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman sesawang https://www.malaysia.travel/ atau https://www.tourism.gov.my.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×