berita

Disney+ Hotstar Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia, Tonton J2: J Retribusi & Banyak Lagi Filem Best!

June 1st, 2021 | by Wan
Kini Trending

Disney+ Hotstar secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia pada hari ini (1 Jun) dengan membawa lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod, termasuk filem dan siri Marvel, kegemaran Disney, Disney+ Originals dan filem dan siri popular drama Malaysia dan Asia.

Artikel Berkaitan: Disney+ Hotstar Bakal Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun, RM54.90 Untuk 3 Bulan

Pilihan movie, siri popular

Disney+ Hotstar merupakan platfrom penstriman khusus untuk rancangan global dan Malaysia yang paling popular. Ia menyatupadukan filem-filem “blockbuster” Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah daripada Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan sebagainya, yang turut merangkumi tayangan perdana eksklusif dan “blockbuster” daripada studio-studio terkemuka di Malaysia.

Tersedia pada peranti dengan sambungan internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan pengaturcaraan bebas iklan dengan pelbagai kandungan original dengan durasi biasa, aksi siaran langsung dan animasi, kandungan pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier serta filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.

Promosi di skrin digital

Bagi merancakkan pelancaran Disney+ Hostar, promosi platform tersebut juga dibuat di skrin digital CuBig @ KLCC Junction, skrin digital terbaru dan terbesar milik Big Tree, anak syarikat Media Prima Berhad. Skrin unik dengan paparan promosi filem dan kandungan menarik Disney+ Hostar pastinya akan menarik perhatian pengguna jalan raya dan pejalan kaki di persimpangan antara Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, dan Jalan P. Ramlee.

Antara filem yang menghiasi paparan skrin digital CuBig @ KLCC Junction ialah Frozen, The Falcon and The Winter Soldier, Star Wars The Mandalorian dan Zombitopia. CuBig @ KLCC Junction mempamerkan paparan yang jelas dan keupayaan anamorfik di mana orang ramai mampu melihat paparan 3D seperti kehidupan sebenar pada skrin digital bersaiz besar.

Filem tempatan terbaik

Disney + Hotstar juga akan menampilkan penerbitan pawagam Malaysia dan barisan program popular tempatan yang menarik, seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin serta filem dan siri Cina dan Tamil yang popular.

Langgan terus di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS dengan harga RM54.90 selama tiga bulan. Pakej khas disediakan dengan Astro untuk pelanggan Astro Movies Pack.

SKIP THIS AD ×