Tragedi hitam yang menimpa seorang kanak-kanak pada tahun 1999 telah menyebabkan masa depannya hancur. Mohd Shah pada waktu itu baru berusia 12 tahun menjadi mangsa jenayah seksual seorang pemotong rumput yang tidak berhati perut.
Pengguna Twitter, Zarynne Ameera kongsi semula kronologi kes.
Seluar dibuka, dubur sakit
Mangsa pada ketika itu, sedang mengayuh basikal seorang diri daripada sekolah sebelum ditegur pelaku. Pelaku meminta bantuannya membawa seguni durian ke kawasan semak berhampiran. Sebaik sampai di kawasan tersebut, pelaku menumbuk mangsa sehingga tidak sedarkan diri.
Alami kecacatan kekal
Paling kejam apabila jenayah seksual yang dilakukan pelaku telah menyebabkan mangsa mengalami kecacatan kekal dan terpaksa menggunakan beg takungan najis. Sehingga kini, mangsa dijaga oleh ibu bapanya.
Walaupun kejadian ini sudah lebih 20 tahun berlaku, orang ramai perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.
Sumber: Zarynne Ameera