berita

Disyaki Hidap Covid-19, Lelaki Ini Puji Usaha & Cara Layanan Petugas Barisan Hadapan

June 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Nazri Ahmad, berkongsi pengalaman di mana dia disyaki menghidap wabak yang sedang melanda seluruh dunia sekarang ini. Melalui perkongsian tersebut, dia memuji usaha dan cara layanan para petugas barisan hadapan semasa merawat pesakit. Terbaik!

Tak bernafas macam biasa

Pengalaman suspected COVID19. Tahniah Dan terima kasih para petugas Hospital Kepala Batas. Sentiasa bersiap siaga dan jalankan tugas anda dengan sangat baik! (Baca elok-elok na. Disyaki. Suspected. Bukan confirm COVID). Saya dah sebulan selsema dan bila selsema berlarutan lebih seminggu, dia mula mai penat. Atau bahasa Lahaq minyak kami panggil asthma attack.

Kebiasaanya selsema bagi saya, saya anggap normal sebab saya ni juga ada resdung. Selalu la srottsrettt srottsrettt hidung sumbat, hidung gatal, hidung berair suara pun macam Mark Strong. Sejak sebulan lepas lah saya semput, penat. Tapi tak serius pun. Keluaq main panas, satgi ok la. Tapi lately dalam 2 minggu ni penat koi teruk. Tak bernafas macam biasa dah. Pernafasan berbunyi. Wheezing sepanjang masa. Bernafas pun sangkut-sangkut. Tebaih pokok pisang yang batang gebu lembut pun penat macam tumbangkan seekor lembu korban.

Menurut Nazri, pada awalnya dia mengalami simptom selsema dan semput. Namun, semakin hari pernafasannya semakin terganggu dan dia tidak mampu bernafas seperti biasa. Oleh itu, dia bertindak untuk ke Hospital Kepala Batas bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Paru-paru kecut

Semalam makan pun dah tak boleh go. Makan sambil bernafas sangkut-sangkut. Tidur malam pun letih. Berpeluh dah. Bangun tidur di ruang tamu. Tak boleh lena. Lepas ja Subuh tadi, nekad mandi bersiap nak pi hospital. By the time sampai hospital, habaq kata penat. Depa terus masukkan dalam bilik nebuliser. Ambik neb. Lepas sekali. Dua kali. Lepas dua kali, doc kata ni bukan penat biasa dah. Masuk la pulak bilik pengasingan di wad kecemasan. Masa ni ada rasa cuak sikit.

Semua Dr dan Nurse pakai full suit PPE siap face shield. Mesin apa ntah ECG ka CTG ka, tong oksigen pun ada, cucuk buat line drip. Masukkan ubat. Oksigen pun depa masukkan ke hidung. Sampel darah ambil. Swab test for COVID19 pun depa buat. Terus hantar ke Penang untuk result. Harapnya negatif lah. Lepas abeh ubat, Dr check peparu still kecut. Takdak tanda mengembang ke normal. Heart rate tinggi sangat katanya. Jantung kerja keras sebab peparu kecut. Depa marah drive mai sendiri ke hospital. Saya mana nak tau. Saya siap bawak lori ke sana ke sini.

Setibanya di hospital, Nazri memberitahu bahawa dia penat dan pihak hospital terus membawanya ke bilik nebuliser. Doktor memberitahu bahawa dia mengalami masalah penat yang luar biasa sehinggakan dia dibawa ke bilik pengasingan di wad kecemasan. Sampel darah dan swab test dilakukan terhadapnya. Sementara itu, Nazri dibawa ke wad dan ditempatkan di situ sehinggalah keputusan ujian darah dan swab test keluar.

Hanya satu pesakit dalam wad

Dari situ, Dr decide untuk masukkan ke ward. Sebab tiada tanda peparu back to normal dalam masa terdekat. Depa kata ubat tadi kuat dah. Sakit betoi masa drip masuk ubat tadi tu. Tak pernah drip rasa sakit sebelum ni. Depa siapkan untuk naik ward pengasingan suspected COVID. Depa tolak katil terus naik ke wad. Sepanjang laluan katil, ramai betoi mata memandang.

Sepanjang laluan naik ke wad, ada team sanitize laluan katil saya sampai lah ke wad. Respect semua team FRONTLINERS! Berpeluh2 tengok depa dalam full suit tu. Dan di dalam wad, depa tempatkan di bilik hujung sekali. Bilik muat 4 pesakit. Tapi hanya 1 pesakit saja ditempatkan. Tidak boleh berkongsi bilik. Bilik luas. Aircond depa tutup. Tingkap depa bukak. Depa sediakan hanya sebijik kipas berdiri di tepi katil.

Tambahnya, barang dari luar dilarang untuk dibawa masuk ke dalam wad. Hanya barang dari awal sahaja yang dibenarkan. Layanan yang diberikan oleh jururawat turut membuatkan dirinya sangat berpuas hati. Menurutnya, kesemua mereka patuh pada SOP dan memberikan yang terbaik buat para pesakit. Pesanan buat masyarakat agar  segera pergi ke hospital sekiranya mempunyai simptom turut ditinggalkan.

Sumber: Nazri Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×