Sekadar gambar hiasan
Sepasang suami isteri ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang penghuni rumah kebajikan kanak-kanak yang dikendalikan oleh mereka di Arau, Perlis.
Amang seksual penghuni rumah kebajikan
Sekadar gambar hiasan
Penahanan kedua-dua suspek yang berusia 50-an itu dilakukan selepas mangsa tampil membuat laporan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, kejadian tersebut berlaku di rumah pasangan terbabit di Jejawi, Arau.
Mangsa berusia 20 tahun serta masih berada di bawah perintah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis. Tidak dapat dipastikan sama ada perlakuan seksual itu sudah berlaku sejak sekian lama ketika mangsa masih berada di bawah usia ketika itu atau sebaliknya.
Hasil tinjauan di rumah kebajikan berkenaan mendapati, penghuni rumah itu sudah dipindahkan ke beberapa kemudahan rumah perlindungan kanak-kanak JKM negeri ini.
Susulan daripada itu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana amang seksual.
Sumber: Harian Metro