berita

Ditahan Sewaktu Sesi Penggambaran, Bintang Porno & Kru Bernikah Di Balai Polis

October 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon Porno Kahwin Dengan Kru Sendiri

Seorang bintang porno dan seorang kru ditahan pihak polis ketika sedang melakukan adegan lucah sewaktu sesi penggambaran.

Artikel Berkaitan: Layan Porno Dari Sekolah Sampai Dah Kahwin! Pelakon Akui Rumah Tangga Terjejas– ‘Memang Isteri Marah’

Nikah di balai polis

Pelakon Porno Kahwin Dengan Kru Sendiri

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Detik News, wanita yang dikenali sebagai Se, 27, dan jurutera bunyi bernama At, 30, kemudiannya dinikahkan di Ibu Pejabat Polis Polda Metro Jaya.

Majlis perkahwinan yang diadakan ringkas itu turut dihadiri 5 orang saksi termasuklah ibu kepada pengantin perempuan dan pengantin lelaki.

Sementara itu, wakil daripada pihak berkuasa Indonesia mengatakan bahawa kedua-dua mereka mempunyai perancangan untuk berkahwin setelah sekian lama bercinta sebelum ditangkap pihak polis.

Walaupun mereka ditahan, kami tidak boleh menafikan hak mereka yang ingin berkahwin selagi mana niat mereka itu tidak menganggu siasatan yang kami dijalankan.

Dalam pada itu, Se dan At dipercayai terlibat dengan kegiatan terlarang ini sejak tahun 2022 dan telah menghasilkan hampir 120 buah filem porno.

Sumber: Detik News

SKIP THIS AD ×