berita

Ditanya Kenapa Jual Laksa & Ais Kacang Hanya RM1, Ini Jawapan Tuan Punya Kedai.. Respect Akak Ni!

May 16th, 2016 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

Screen Shot 2016-05-16 at 11.43.56 AM

Sekarang ni jarang nak dapat makanan dengan harga yang murah. Iya lah, sebab barang semuanya mahal sekarang serta keadaan ekonomi yang tak menentu. Nak tak nak, tauke gerai makan terpaksa la jual harga makanan ikut perederan masa.

Tapi lain bagi akak sorang ni. Terkenal dengan panggilan Kak Na, dia menjual makanan seperti laksa dan ais kacang hanya dengan RM1 sahaja. Dah la portion pun banyak. Woww.. Ditanya mengapa jual harga murah, ini jawapannya. Salute lah kak!

Laksa, Ais Kacang RM1.. Mana nak dapat?

Screen Shot 2016-05-16 at 11.49.00 AM

Sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang penduduk di Kampung Sungai Buaya dekat Taman Rekreasi Bukit Panchor di sini amat terkenal dikalangan penduduk tempatan serta pelawat kerana beberapa jenis makanan yang dijual serendah RM1 semangkuk.

Selain laksa dan hidangan berkuah lain, ais kacang dan pelbagai jenis minuman berkarbonat yang terdapat di menu juga dijual dengan hanya RM1. Paling best sekali, portion makanan tetap besar serta tidak kedekut bahan-bahan.

Kak Na atau nama sebenar, Mazlina Md Hashim berkata pelanggannya juga kerap memesan 2 atau 3 mangkuk jenis makanan untuk memenuhi selera mereka.

Ramai pelanggan tanya saya kenapa saya jual makanan murah sangat ketika harga bahan-bahan mahal harganya.

Jawapan saya sentiasa sama ‘supaya semua orang mampu’.

Jika harga makanan murah, lebih banyak pelanggan akan datang. Jika mereka gembira, saya juga gembira.

Bila bertanya mengenai harga makanan yang sangat murah, Kak Na berkata tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana dia hanya mahu sedikit keuntungan sahaja daripa perniagaannya.

Ambil alih perniagaan ibu

22

Tambah Kak Na, dia berhenti kerja di kilang 9 tahun lalu sebelum ambil alih perniagaan ini daripada ibunya. Gerainya dibuka dari tengah hari sehingga 3 petang (kecuali hari Selasa) dapat menarik ramai pelanggan terutama sekali pelajar dari kolej berdekatan.

Pelanggan tetapnya adalah pekerja kilang, Osman Mat Nayan yang datang makan tengah hari dengan rakan-rakannya selepas bermain badminton berkata;

Kami datang ke sini setiap kali selepas perlawanan badminton mingguan. Makanannya bukan sahaja murah, malah sangat memuaskan. Kadang-kadang kami rasa harganya terlalu murah dibandingkan dengan hidangannya yang banyak.

Sebagai contoh, ais kacangnya yang besar banyak bahan-bahan.

Apa kata survey?

Screen Shot 2016-05-16 at 11.44.26 AM

Screen Shot 2016-05-16 at 11.53.45 AM

Alamat Kedai Kak Na: Jalan Taman Bukit Negeri, Kampung Sungai Buaya, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang, Malaysia

Contact number: +60 17-527 8106

Sumber: Penang Kini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×