Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous dilihat berang dengan individu yang meninggalkan komen berunsur memerli di hantarannya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Periksa Phone Dia’ – Fouziah Gous Beri Kepercayaan Pada Suami, Kongsi Amalan Rumah Tangga Kekal Harmoni
Artikel Berkaitan: Tenang Jalani Kehidupan Harian Tanpa Gosip, Fouziah Gous Belum Terfikir Nak Buat ‘Come Back’
Suami dari syurga
Menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram, Fouziah dilihat memakai busana labuh berwarna biru terang yang didakwa singkat.
Alhamdulillah untuk segalanya.
Tapi kenapa suami saya tanya, baju sekolah ke?
Namun, apa yang membuatkan isteri kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof ini berang apabila terdapat individu yang menghakimi suaminya.
Kenapa suami tak tanya, baju pendek tak pakai seluar.
Pelik juga suaminya, scan tak 100%.
Nanti akhirat tidak disoal kenapa pakai baju sekolah tapi sebaliknya.
‘Jangan sibuk cari dosa orang’
Pada hantaran itu, Fouziah dilihat tidak berdiam diri dan meminta individu itu menjaga adab dalam berkata-kata.
Bila awak ada suami sempurna dari syurga, jaga baik-baik.
Jangan sibuk judge suami orang. Saya ini jarang balas tapi adab perlu ada dalam berkata-kata.
Jangan rasa diri hebat dan boleh cakap ikut suka hati di media sosial.
Sibukkan diri untuk mencari ilmu daripada sibuk cari dosa orang lain.
Pergi tanya suami sempurna awak, boleh ke tinggalkan komen sebegitu pada Fouziah Gous!
Pelakon drama ‘Tahajjud Cinta’ ini turut menyatakan untuk tidak menyentuh hal keluarga.
Sumber: Instagram fouziahgous