Ketika musim durian ini, ramai antara kita ‘mengidam’ untuk menikmati keenakan raja buah itu. Kalau dapat makan dengan pulut dan santan, memang sedap sampai menjilat jari! Begitu juga dengan pelakon Ayda Jebat yang kelihatan menikmati durian bersama suaminya, Nabil Mahir.
Artikel berkaitan: ‘Saya Dan Isteri Dah Maafkan Tapi Jangan Tulis…’ – Nabil Mahir Dedah Ayda Jebat Hampir Gugur
Artikel berkaitan: ‘Tolong Hormat Urusan Orang Lain’ – Nabil Mahir Kecewa Laporan Ayda Jebat Hamil
Tapi netizen pula menegur Ayda untuk tidak menjamah durian disebabkan dia berbadan dua kerana khuatir memberi kesan kepada dirinya.
Dapatkan nasihat doktor dulu ye..
Posting video yang dimuat naik oleh Ayda menerusi laman Instagram menyaksikan Nabil Mahir menikmati buah durian bersama nasi dan gula. Manakala, Ayda lebih gemar makan durian begitu sahaja. Di ruangan posting, Ayda turut menasihati wanita mengandung untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menikmati raja buah itu.
Korang suka ‘NASI + DURIAN’ atau ‘DURIAN’ sahaja? Ke korang ada tambahan bahan lain? Wanita yang mengandung sila dapatkan nasihat doktor sebelum makan durian. Jangan pulun macam jumpa boyfriend lama.
Ibu hamil boleh makan ke?
Sementara itu, meninjau di ruangan komen pula rata-rata netizen menasihati Ayda untuk tidak menjamah buah durian dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana bimbang akan memberi kesan kepada dirinya dan kandungan. Menjawab kepada persoalan dan teguran itu, Ayda memaklumkan dirinya telah mendapatkan nasihat daripada doktor. Malah, doktor turut memesan dan membenarkan untuk dia menikmati hanya dua ulas durian sahaja.
Tak makan banyak pun
View this post on Instagram
Sumber: Ayda Jebat