berita

Ditemui Telanjang Sambil Kunyah Plastik, Ibu Mabuk Biar Anak Kebuluran Selama 3 Hari

September 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Odessa, Ukraine, seorang wanita yang dikenali sebagai Natalia telah membiarkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun berada dalam keadaan kebuluran.

Lebih menyedihkan, anak lelakinya yang dikenali sebagai Volodya itu hanya mengunyah beg plastik semasa ditemui oleh jiran tetangga.

Sering melepak dan mabuk

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan World Today News, Volodya telah dikurung oleh ibunya di sebuah pangsapuri milik mereka. Natalia yang sering melepak dan mabuk telah membiarkan anaknya dalam keadaan lapar selama tiga hari. Menurut jiran mereka, kanak-kanak itu ditemui sendirian selepas paip pangsapuri mereka mengalami kebocoran.

Saya melihat air mengalir di dinding saya, lalu saya berlari ke tingkat atas untuk mencari Natalia. Ketika itu saya nampak anaknya berada di rumah seorang diri. Oleh itu, saya menghubungi perkhidmatan kecemasan. Penyelamat telah menyelamatkan anak kecil itu.

Jiran tersebut turut memberitahu, Volodya dibiarkan dalam keadaan telanjang sambil mengunyah beg plastik yang ditaburkan dengan gula. Pihak polis juga tidak menemui sebarang makanan di kediaman dua beranak tersebut. Jelasnya lagi, pihak hospital memaklumkan yang Volodya kurang zat makanan.

Kebajikan tidak dijaga

Sekadar gambar hiasan

Sementara itu, pasukan perkhidmatan sosial mendakwa rumah Natalia sangat buruk dan boleh membahayakan nyawa penghuni lain yang mendiami pangsapuri tersebut. Menurut Ketua Perkhidmatan Perlindungan Anak Yulia, Nikandrova, anak kecil itu ditinggalkan dalam keadaan rumah yang tidak bersih dan buruk. Tambahnya, pangsapuri itu mempunyai lipas dan tercemar dengan debu dan kotoran. Pada masa yang sama, kebajikan anak kecil itu tidak dijaga sepenuhnya kerana terdapat kesan lebam di bahagian tubuhnya.

Hasil siasatan pihak polis, Natalia didakwa gagal menjalankan tugas sebagai ibu dan bapa yang baik terhadap anaknya. Oleh itu, anaknya akan ditempatkan di rumah anak yatim selepas sembuh sepenuhnya.

Sumber: World Today News

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×