berita

Ditinggalkan Bas Semasa Berhenti Di RnR, Netizen Puji Keluarga Prihatin Ini Tolong Lelaki ‘Kejar’ Bas

January 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dapat digambarkan perasaan seorang lelaki ini apabila ditinggalkan oleh bas yang dinaikinya di tempat kawasan Rehat dan Rawat (Rnr). Kisah tersebut diceritakan oleh seorang gadis dikenali sebagai Intan Syazwanidi laman Twitter miliknya.

Berlari kejar bas

Kisahnya bermula apabila dia terlihat seorang lelaki yang sedang berlari dari tempat Rehat dan Rawat (RnR) Simpang Pulai seperti mencari sesuatu. Lelaki itu kemudiannya terus menuju ke lebuhraya kerana dipercayai telah ditinggalkan oleh bas yang dinaikinya.

Tiada siapa yang tolong

Tidak berakhir di situ, ketika kejadian tiada sebarang kenderaan yang mahu membantu lelaki tersebut, ditambah pula dengan keadaan cuaca yang hujan. Prihatin dengan apa yang terjadi, gadis tersebut meminta supaya ayahnya membantu lelaki tersebut bagi menghantar lelaki itu kepada basnya semula.

Difahamkan, lelaki tersebut dalam perjalanan dari Jitra dan hendak menuju ke Seremban dan tidak mempunyai kenalan di dalam bas tersebut.

Dah naik bas semula

Terbaru, lelaki tersebut sudahpun berjaya menaiki bas itu susulan laporan yang dibuat olehnya. Difahamkan, bas tersebut telah berhenti di tepi jalan menunggu sehingga lelaki itu sampai.

Alhamdulillah semoga urusan abang tu dipermudahkan, mesti family dia tak sabar menunggu kepulangan abang ni jauh dari utara nak pulang ke selatan.

Sumber: Intan Syazwani

SKIP THIS AD ×