berita

Ditinggalkan Isteri Selepas Cacat, Lelaki Tak Bahagia Walau Menang Saman RM1.3Juta

October 20th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ikatan perkahwinan merupakan satu lafaz suci dimana pasangan bersedia hidup bersama sehingga ke hujung nyawa. Di dalam mencapai keharmonian rumahtangga, pasangan hendaklah bertolak ansur dan menerima kekurangan masing-masing.

Malah, suami isteri hendaklah redha sekiranya pasangan ditimpa musibah. Namun lain pula ceritanya apabila lelaki ini ditinggalkan isteri dan anak setelah dirinya cacat.

Wang tak boleh beli kebahagiaan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan The Star, lelaki yang hilang sebelah kaki ini mengakui tidak bahagia walaupun menang kes saman ke atas hospital sebanyak RM1.3 juta. Katanya, wang dan harta benda tidak boleh beli semula kebahagiaannya.

Saya tak ada kehidupan sempurna sekarang ini. Isteri dan anak saya berumur 8 tahun tak ada bersama saya. Saya sunyi. Kadang-kadang saya cakap dengan diri sendiri.

Mahkamah Seksyen Ayer Keroh Khamis lalu memerintahkan Hospital Melaka membayar ganti rugi bernilai RM1.3juta kerana telah menyebabkan Abu Bahrin Abu Bakar kehilangan kaki kanan akibat kecuaian. Langsung tidak tersenyum mendengar keputusan mahkamah, lelaki berusia 34 tahun ini berkata hidupnya seperti tiada makna.

Hubungan dengan isteri tegang

Sekadar gambar hiasan

Menceritakan dengan lebih lanjut, Abu Bahrin berkata dia ke hospital untuk menjalani rawatan selepas lututnya sakit akibat terlibat kemalangan pada tahun 2015.

Menurut lelaki ini lagi, dia menjalani prosedur pembedahan yang salah sehingga mengorbankan kaki kanannya. Disebabkan itu, hubungannya dengan isteri menjadi tegang dan mereka mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

Walaubagaimanapun dia menerima takdir tersebut dan kini tinggal bersama keluarga angkat. Dikesempatan itu, dia ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam, V.Gobi kerana memberi sokongan dan galakan apabila dia mula memfailkan saman pada 2018.

Sumber : The Star

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×