Pelakon Puteri Sarah Liyana memberi amaran terhadap seorang pegawai pemasaran yang didakwa telah menipunya dengan mengenakan caj yang tinggi ketika melakukan urusan perniagaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Smart Gila Big Boss Malam Ni, Macam Melamar Personal Je’ – Netizen
Artikel Berkaitan: ‘Kami Doa Puteri Sarah Dapat Jodoh Yang Boleh Bahagiakan Dia & Anak-Anak’ – Yusof Haslam
‘Macam minta sedekah’
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Sarah berkata dia sudah berulang kali merayu kepada individu terbabit untuk memulangkan semula wang yang diambil berjumlah RM26,000.
Penat kerja, buat live siang malam tapi kenapa ada orang yang senang-senang je ambil hak kita?
Nak minta duit balik dah macam minta sedekah. Drama lain saya tak mahu tahu.
Awak mahu kutuk saya di belakang, saya tidak kisah. Yang saya tahu, mahu semula duit saya yang awak ambil di umrah. Sedar ke tak?
Terdahulu, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin mendakwa seorang pegawai pemasaran yang dilantik telah mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan perniagaan yang diperolehnya.
Menurut aktres itu, dia telah mengupah individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu untuk mengendalikan pemasaran produknya, namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard yang ditetapkan.
Bertambah buruk lagi, apabila individu itu tidak mengotakan janjinya untuk menjadi ejen atau stokis produk berkenaan.
Tegasnya, dia juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pegawai pemasaran terbabit sekiranya masih berdegil memulangkan wang miliknya.
Sumber: Instagram