berita

Dituduh Curi Kereta, Warga Emas 89 Tahun Dipukul Hingga Mati

January 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara didakwa mencuri sebuah kenderaan, seorang warga emas berusia 89 tahun dipukul hingga mati oleh beberapa orang penunggang motosikal di Jakarta Timur, Indonesia pada Ahad lalu.

Dipukul hingga mati

Foto: Tribun News

Memetik laporan tempatan, mangsa dipercayai telah dipukul hingga mati dan video kejadian tersebut telah dimuat naik di laman Instagram. Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat sekumpulan remaja yang menunggang motosikal sedang mengejar mangsa yang ketika itu memandu kereta jenis Toyata Rush.

Bukan itu sahaja, mereka sempat menjerit ‘pencuri’ dan berjaya menghentikan kenderaan mangsa dan mula ‘bertindak’ di luar kawalan. Mengulas lebih lanjut, remaja ini dikatakan menarik mangsa keluar dari keretanya dan membelasah warga emas itu sehingga meninggal dunia serta sempat melarikan diri dari tempat kejadian.

Bukan pencuri sebenar

Sekadar gambar hiasan

Menerusi satu laporan pihak polis, mangsa bukanlah pencuri seperti mana yang telah didakwa dan dia merupakan pemilik asal kenderaan berkenaan.

Apa yang lebih menyedihkan, dua anggota polis yang berada di tempat kejadian dikatakan gagal menyelamatkan mangsa daripada terus dibelasah.

Kereta mangsa mungkin bergesel sedikit dengan motosikal salah seorang anggota kumpulan bermotosikal itu dan membuatkan mereka menjerit perkataan pencuri sebagai alasan untuk mengejar dan membelasah mangsa.

Susulan daripada itu, siasatan lanjut telah dijalankan oleh pihak polis bagi mengenal pasti individu yang bertindak menjerit ‘pencuri’ sehingga berlakunya kejadian malang itu.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×