Sejak kebelakangan ini, nama Noor Nabila dan Engku Emran menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang dilanda badai. Malah laporan dari negara sebarang, Indonesia juga heboh mendakwa Noor Nabila dan Engku Emran sudah pun bercerai.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Didakwa Sedang Bergolak, Engku Emran Masih Simpan Foto Kahwin Bersama Nabila Di IG
Artikel Berkaitan: Padam Gambar Kahwin, Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak?
Tetapi perkongsian satu video oleh Noor Nabila di aplikasi TikTok seolah-olah menjawab segala spekulasi berhubung status rumah tangganya.
Video jawab spekulasi netizen
Menerusi hantaran terbaru Noor Nabila, dia telah merakam gelagat anak sulungnya, Jebat Jayden ketika mendirikan solat jemaah bersama. Noor Nabila merakam aksi tersebut dari sisi belakang dan hanya kelihatan Jebat Jayden sedang berdiri di sebelah lelaki yang sedang mengimamkan solat. Pada awalnya, wajah lelaki tersebut tidak kelihatan sehinggalah Jebat Jayden mengambil telefon bimbit dari Nabila dan merakamnya dari sisi hadapan.
Ternyata, lelaki tersebut merupakan suami Nabila iaitu Engku Emran. Susulan daripada video itu, segala spekulasi dan dakwaan netizen mengenai hubungan pasangan ini akhirnya terjawab. Perkongsian tersebut seakan memberi gambaran bahawa hubungan Nabila dan suaminya masih utuh malah mereka juga masih tinggal sebumbung tidak seperti yang didakwa sebelum ini.
Video yang dikongsikan itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa gembira dan syukur melihat hubungan baik Nabila dan Engku Emran serta berharap agar orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai rumah tangga pasangan ini sebaliknya mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Engku Emran. Tidak terhenti di situ, netizen turut terhibur melihat gelagat comel Jebat Jayden.
Video
Respon netizen
Sumber: TikTok Noor Nabila