berita

Dituduh Ganggu ‘Awek’, Remaja 17 Tahun Dibelasah Hingga Retak Tempurung Kepala

February 11th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang pelajar tingkatan empat retak tempurung kepala selepas dibelasah lima remaja lelaki di sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan, Selasa lalu.

Didakwa ganggu ‘awek’

Gambar sekadar hiasan

Menurut siasatan, mangsa, 17 tahun didatangi lima orang suspek berusia 18 tahun yang kemudian memukulnya dengan seorang daripada mereka menggunakan batu sebelum menghentaknya di kepala. Kejadian itu yang berlaku di luar kelas mangsa turut meninggalkan bengkak di tangan dan belakang badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian yang berlaku pada 11.15 pagi itu berkemungkinan berlaku angkara mangsa yang dituduh mengganggu teman wanita suspek.

Pergaduhan itu dileraikan oleh pengawas sekolah yang lalu di kawasan berkenaan. Mangsa dan lima suspek tidak pernah berkawan rapat dan tiada sejarah perselisihan faham, namun seorang daripada suspek dikatakan tidak puas hati serta menuduh mangsa mengganggu teman wanitanya.

Mangsa menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan pemeriksaan awal doktor mendapati tempurung kepala kirinya ada kesan retakan dan memerlukan rawatan susulan. Dalam pada itu, lima suspek yang ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×