Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai hubungan cinta yang terjalin antara anak tiri penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid yang sedang hangat bercinta dengan seorang model hijabista dan juga Instafamous cantik, Sharifah Rose. Percintaan mereka ini telah mendapat perhatian netizen sehingga mereka menggelarkan Aazief dan Sharifah Rose ini sebagai pasangan yang sweet dan romantis.
Terbaru, Sharifah Rose telah terpalit dengan satu kontroversi apabila gambar freehair nya semasa bercuti di Phuket bersama rakan-rakan dan juga teman lelakinya telah tersebar sehingga namanya trending di Twitter. Tidak cukup dengan itu, dia juga turut digelarkan sebagai seorang gadis hiporkrit.
’10 minit paling bodoh’
Sementara itu, menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik Rose di laman Twitternya miliknya, dia memberitahu bahawa gambar yang tersebar itu sebenarnya diperoleh daripada Insta Story salah seorang rakannya yang turut sama bercuti dengannya di Phuket.
Menceritakan kisah itu, Rose memberitahu pada hari kejadian dia telah pergi ke pantai dengan memakai pakaian yang sesuai iaitu baju berlengan panjang, seluar panjang dan memakai topi untuk menutup rambutnya. Tetapi lain pula yang jadinya apabila topi yang dipakai Rose telah basah dan disebabkan itu dia membuat keputusan membuka topi untuk dikeringkan.
Apa yang saya tahu, sepanjang 10 minit saya melepaskan rambut, Insta Story itu diambil tanpa pengetahuan saya. Ia adalah tempoh 10 minit paling bodoh dalam hidup dan saya sedar sekarang bahawa apa jua boleh berlaku dalam jangka masa 10 minit.Ia satu kesilapan dan saya belajar daripadanya.
‘Semua orang buat silap’
Rata-rata netizen kecewa dengan tindakan Sharifah Rose yang dikenali sebagai seorang model hijabista, ikon atau selebriti media sosial yang sentiasa menjaga penampilan dan auratnya dengan memakai tudung. Tetapi lain pula yang jadinya apabila tudung yang sentiasa menutupi kepalanya itu telah ‘terbang’ ketika bercuti di Phuket. Mereka juga turut mempersoalkan tindakan berani Sharifah Rose.
Namun tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang turut memberi kata-kata semangat dan nasihat buat gadis ini supaya sentiasa kuat kerana ini merupakan satu ujian yang perlu ditempuhi dalam hidupnya.
Sumber: Sharifah Rose