Umum tahu, pelakon Mona Allen dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya pada penghujung September ini.
Artikel Berkaitan: Empat Tahun ‘TTC’ Mona Allen Umum Hamil Enam Bulan, Pernah Buat Kaedah Perubatan Islam Sebagai Ikhtiar
Ikut cara barat?
View this post on Instagram
Pada Sabtu lalu, Mona dan suami, aktor Pekin Ibrahim mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki dalam sebuah majlis ‘gender reveal.’
Namun, ada pula segelintir netizen yang mempertikaikan keperluan majlis itu yang dikatakan seperti tiru budaya masyarakat Barat.
Menjawab di Instagram Stories, Mona, 37, menyatakan tujuan mereka mengadakan acara itu kerana ingin menjawab soalan jantina bayi yang sering diajukan peminat di Instagram (IG).
Ada yang komen tak payah ikut cara barat sebab buat majlis gender reveal. Cuba bayangkan ada 50,000 orang bertanya boy atau girl?
Walaupun dah dimaklumkan untuk yang ingin tahu tapi masih ada lagi bertanya. Percayalah, takkan kita nak jawab satu persatu, agak penat.
Jadi kita pilih satu tarikh dan buat pengumuman kepada umum.
Henti cari kesalahan orang lain
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Munna Hafiraneza Allen menegaskan dia dan suami bukan sengaja untuk bersikap menunjuk sebaliknya mempunyai sebab tersendiri.
Janganlah bersangka buruk, fikir secara positif. Janganlah kita ini asyik nak cari kesalahan orang lain.
Kita bukan sengaja atau suka-suka nak riyak dan menunjuk tetapi buat sesuatu itu ada adab. Setiap benda mesti ada sebab.
Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.
Sumber: Instagram @mona.allen