berita

Dituduh Lakukan Kelucahan Melampau & Cabul Lelaki Di Sebuah Hotel, Ustaz Budak Dipenjara 13 Bulan

November 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ustaz Budak 13 Bulan Penjara

Hukuman penjara selama 13 bulan terhadap seorang mudir madrasah yang dikenali sebagai Ustaz Budak dikekalkan Mahkamah Tinggi Kelantan atas tuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul lelaki di sebuah hotel.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Motivator Didakwa ‘Pancing’ Pelajar Sekolah Buat Hubungan Seksual, Beri Pil Tidur & Upah Telefon Bimbit

Rayuan ditolak Hakim

Ustaz Budak 13 Bulan Penjara

Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dikekalkan selepas Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas menolak rayuan dibuat suspek yang bernama Syamsul Zaman Sukri, 35, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu.

Mohamad Abazafree memaklumkan bahawa terdapat tujuh isu yang dibangkitkan Ustaz Budak dan ketujuh-tujuhnya ditolak.

Ini termasuk perayu yang mendakwa keterangan mangsa tidak boleh dipercayai. Perayu tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.

Pihak perayu gagal membuktikan mens rea (niat jahat) tetapi Hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan alasan penghakiman Mahkamah Majistret dan nota keterangan menunjukkan bahawa adanya tindakan dan niat perayu kepada mangsa.

Mahkamah Tinggi berpendapat hukuman daripada Mahkamah Majistret adalah tepat dan memadai. Justeru, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan kepada perayu yang bermula hari ini (Selasa).

Sekadar info, Ustaz Budak didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada 1.15 pagi, 16 Disember 2020.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×