berita

[VIDEO] Motivator Didakwa ‘Pancing’ Pelajar Sekolah Buat Hubungan Seksual, Beri Pil Tidur & Upah Telefon Bimbit

August 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

motivator hubungan seksual

Gambar sekadar hiasan

Seorang individu tampil mendedahkan dengan mendakwa seorang motivator yang juga ustaz pernah memintanya untuk melakukan hubungan seksual.

Artikel Berkaitan: Polis Jumpa Kondom, 5 Individu Kantoi Buat Hubungan Seksual Di Masjid

Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah

Minta puaskan nafsu

motivator hubungan seksual

Gambar sekadar hiasan

Menerusi temu bual yang dimuat naik di TikTok, lelaki tersebut berkongsi kisah yang dialaminya semasa berusia 14 tahun ketika bersekolah di sekolah agama di Kedah.

Difahamkan mereka mula berkenalan semenjak motivator itu pernah datang ke sekolah untuk memberi ceramah. Mereka kemudian saling berbalas mesej di Instagram (IG).

Kami chat lama kira-kira dalam sebulan, bila dah lama dia minta nombor telefon. Saya cakap nanti nak ajak borak atau nak lepak. Sebab dia duduk dekat dengan kawasan saya tetapi bukan di negeri saya.

Setelah makin rapat, motivator berkenaan meminta lelaki itu untuk menemaninya ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Dia cakap dia ada majlis di Kuala Lumpur, dia ajak saya teman dia tapi saya tak tahu ketika itu dia dah berkahwin.

Dia cakap nak jumpa pelanggan dan hanya kami berdua sahaja. Kos semua dia tanggung, makan minum, bilik hotel semua dia bayar.

Saya ok tetapi saya tak berani nak beritahu pada ibu bapa saya. Kemudian dia telefon ayah saya dan minta kebenaran untuk bawa saya ke Kuala Lumpur.

Paling mengejutkan apabila lelaki tersebut mendakwa motivator yang juga penulis novel itu memintanya untuk memuaskan nafsu dengan alasan untuk mengubati penyakit dan akan diberi upah.

Dia ada tanya soalan yang mencurigakan tapi saya tak layan. Pada malam terakhir dia cakap dekat saya ‘boleh tak tolong saya’.

Dia kata dia ada penyakit yang mana orang ada hantar ‘benda’ dekat dia, saya kena tolong dia tetapi dia akan bagi upah. Dia nak bagi sebuah telefon bimbit jenama iPhone kepada saya.

Dia ajak saya buat ‘benda itu’ dia kata dia kena tidur dengan lelaki dan dia kena buat lelaki itu ‘cum’, tak kisahlah mana-mana lelaki.

Dia kemudian nekad menolak permintaan tidak senonoh itu kerana melanggar hukum agama Islam.

Terus muka saya lain saya tak nak. Saya rasa dia cuba mana-mana budak yang senang dekat dengan dia..saya rasa bawah 18 tahun.

Bila saya menolak, dia kata ‘ tak apalah kalau tak sudi nak tolong ustaz’.

Bukan mangsa pertama

motivator hubungan seksual

Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, dia turut mendakwa motivator tersebut mencuba memujuknya sekali lagi untuk melakukan hubungan intim sebelum mereka pulang.

Malam itu bila dah sampai sana dan selesai solat, dia duduk di sejadah saya tengok dia macam buat-buat gelisah ada masalah. Rupanya dia nak ‘pancing’ saya lagi.

Dia kata ‘ustaz memang dalam masalah sekarang, benda ni nak attack ustaz’.

Dia ada cakap dia kena masukkan dia punya dalam saya. Saya tak nak dan benda itu adalah haram.

Seminggu selepas kejadian, lelaki tersebut mendedahkan sisi sebenar motivator itu kepada rakannya. Dia sangat terkejut apabila mengetahui rakannya juga pernah menjadi mangsa motivator berkenaan.

Dia ada jual pil untuk kurus, kawan saya yang kena tu dia suruh kawan saya datang hotel untuk cuba pil itu. Rupa-rupanya itu pil tidur.

Dia sedar dia bangun dia dah tak pakai baju tetapi pakai seluar dan semenjak itu dia menyesal kenal ustaz itu.

Walau bagaimanapun, mereka tidak membuat sebarang laporan berhubung kes tersebut kerana berasa takut.

@brosgangtv

Siapa agak agak Motivator yang dia maksudkan??? #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia #bgtv #brosgangtv #kisahbenar

? original sound – BGTV – BGTV

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×