berita

Dituduh Mengemis Hadiah Motosikal, Derrick Gan Tampil Pertikai Netizen – ‘Ada Ke Saya Sebut Saya Orang Susah?’

January 31st, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Susulan mendapat hadiah berupa motosikal daripada beberapa pihak, individu yang dikenali Derrick Gan sekali lagi menjadi perhatian apabila dia dituduh mengemis untuk mendapatkan hadiah tersebut selepas pulang memberikan sokongan padu buat pasukan Harimau Malaya di Qatar baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kim Pan Gon Tak Tuding Jari Harimau Malaya Tersingkir – ‘Tiada Siapa Salah, Ini Silap Saya’

Bidas seorang netizen

Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Derrick dilihat memuat naik tangkap layar memaparkan komen yang dilemparkan oleh seorang netizen kepadanya.

Boleh sesiapa pastikan tak sama ada dia (Derrick) orang yang susah? Saya rasa tak.

Tidak berdiam diri, Derrick tampil membidas tuduhan itu.

Menurut Derrick, dia sama sekali tidak pernah menyebut bahawa dirinya merupakan orang susah dan tidak pernah meminta publisiti daripada para pengamal media.

Pernah ke saya sebut saya orang susah? Ada ke saya minta abang ‘cameraman’ rakam tangisan saya waktu itu?

Pernah saya meminta-minta agar motosikal itu dihadiahkan kepada saya?

Tiada siapa sangka saya akan menjadi viral, ya saya tahu susah untuk seseorang menjadi popular dan viral tetapi adakah anda rasa saya mahu menjadi seperti itu?

Cakap apa sahaja yang anda mahu tapi jangan pernah cakap apa yang tak pernah keluar dari mulut saya. Ini kerana perkara yang tidak keluar dari mulut saya hanyalah konspirasi yang tidak betul.

Tapi, saya sedar inilah akibat yang perlu saya terima apabila menjadi perhatian orang ramai. Saya terima apa sahaja yang diperkatakan terhadap saya, sama ada baik atau pun buruk.

Jelas Derrick, apa yang berlaku kepadanya ketika ini adalah disebabkan oleh tangisannya sewaktu melihat pasukan kebangsaan menjaringkan gol ketika bertemu dengan pasukan Korea Selatan.

Di akhir hantarannya itu, Derrick menitipkan ucapan terima kasih buat semua rakyat Malaysia terutama sekali penyokong Harimau Malaya yang sentiasa memberikan sokongan padu buat pasukan bola sepak kebangsaan.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Derrick dan memintanya untuk menghiraukan kata-kata negatif tersebut.

Terdahulu, Derrick menjadi perhatian apabila sanggup menjual motosikalnya hanya kerana mahu menyaksikan perlawanan akhir Kumpulan E antara Malaysia menentang Korea Selatan bagi saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Sehingga ke hari ini, Derrick difahamkan telah menerima tawaran sekurang-kurangnya lima buah motosikal daripada beberapa individu dan syarikat terkemuka.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×