berita

Dituduh Minta Duit Nafkah Daripada Ria Ricis, Ini Jawapan Teuku Ryan

March 27th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Teuku Ryan sekali lagi menjadi sasaran wargamaya selepas dia didakwa meminta hak asuhan dan nafkah anak daripada Ria Ricis setelah mereka berdua sah bercerai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Cuba Berbaik, Teuku Ryan Tertunduk Sedih Ria Ricis Tak Hadir Untuk Proses Perdamaian

Teuku Ryan dituduh minta nafkah anak?

Menerusi laporan daripada Insertlive, perkara tersebut mula menjadi bualan hangat wargamaya susulan video temu bual bersama peguam yang mewakili Ria Ricis iaitu Hendra K Siregar tular di media sosial.

Seperti yang semua tahun, dia tak mahu berpisah dan mahu pertahankan rumah tangga. Mereka meminta soal hak asuh anak dan nafkah anak.

Susulan daripada video tular itu, Hendra menjelaskan bahawa video tersebut telah disunting dan kenyataan yang diberikannya itu tidak diambil sepenuhnya. Perbuatan tidak bermoral individu yang menyunting video tersebut secara tidak langsung telah mengeruhkan lagi keadaan sehingga Teuku Ryan dikecam hebat oleh wargamaya.

Kalau (Teuku Ryan minta) hak asuhan anak ya betul tapi kalau minta nafkah ke Ria Ricis sama sekali tidak benar.

Sementara itu, Teuku Ryan meminta agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah yang boleh mencemarkan nama baiknya.

Baru kali ini saya mendengar lelaki meminta biaya dan nafkah anak dari bekas isteri. Tolong kaji semula kenyataan yang dikeluarkan, jangan sampai mencemarkan nama baik saya.

Sekadar info, Teulu Ryan dan Ria atau Ria Yunita, 29, mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cut Raifa Aramoana.

Pada Februari 2024, Ria Ricis memfailkan penceraian terhadap Teuku Ryan.

Sumber: Insertlive

SKIP THIS AD ×