berita

Dituduh Sengaja Cari Perhatian Kongsi Foto Bersama Ashraf Muslim, Mawar Karim Respon Kecaman – ‘Ikut Suka Hati Saya’

October 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, bekas isteri kepada Fizo Omar iaitu Mawar Karim telah memuat naik sekeping foto bersama Ashraf Muslim di Kota Suci Makkah. Apa yang lebih menarik perhatian apabila usahawan cantik ini menggunakan kapsyen dalam bahasa Arab menulis, ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’ diikuti dengan emoji.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Yang Ketiga’ – Kongsi Foto Dengan Ashraf Muslim, Mawar Karim Undang Ratusan Komen Netizen

Dikecam netizen

Namun, perkongsian tersebut tidak disambut baik oleh warganet dan terdapat individu yang melabelkan Mawar sebagai seorang yang dahagakan perhatian.

Perlu ke caption macam tu? Batak perhatian sungguh.

Susulan mendapat komen ‘pedas’ tersebut, ibu kepada Wan Maryam tampil memberikan respon dan menjelaskan dia agak terhibur mendapat komen seumpama itu. Ujarnya lagi, tindakan untuk berkongsi foto bersama kapsyen tersebut merupakan hak peribadinya yang tidak perlu dipersoalkan.

Saya batak ka katak ka botak ka ikut suka hati saya. Mungkin awak ni lahir di dunia terus pandai, terlalu pandai. Perfect di dunia. Ikut suka saya nak letak caption apa-apa dekat Instagram saya.  Kalau tak suka nampak tak, ada button block. Dipersilakan.

Untuk rekod, Mawar dan Fizo pernah mendirikan rumah tangga pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Instastory penuh:

Sumber: Mawar Karim

SKIP THIS AD ×