Baru-baru ini, pelakon dan usahawan, Fasha Sandha ada berkongsi mengenai keprihatinannya terhadap bencana yang berlaku di Palestin.
‘Ada juga sedikit terguris..’
Menerusi hantaran di Instagram, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Binti Hassan memberi penjelasan terhadap satu komen yang mendakwa dia tidak peka dengan kejadian yang menimpa saudara sesama Islam di Palestin.
Fasha menjelaskan bahawa komitmen dan kesibukannya terhadap kerja tidak bermakna dia mengabaikan perkara tersebut.
Saya turut berduka cita, turut mendoakan, juga turut titipkan bantuan.
Pelakon berusia 39 tahun ini akui, kadangkala tanggapan negatif dan kecaman sesetengah netizen yang menuduhnya tidak prihatin dengan kejadian di Gaza sedikit sebanyak membuatkan dia terasa hati.
Hidup kita semua harus diteruskan, sama juga seperti rancangan nyanyian dan hiburan di TV juga tetap diteruskan walau semua sedang berduka.
Walaupun saya ni jenis kalis kecaman, ada juga sedikit terguris.
Sekadar info, Fasha mendirikan rumah tangga pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019 dan hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Aisha Amaira yang kini berusia tiga tahun.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, 8 tahun.
Sumber: Instagram Fasha Sandha