Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel membuat laporan polis berhubung dakwaan dirinya terlibat dalam upacara ‘soul scalping’ dan menjadi pengikut ajaran iluminati.
Artikel berkaitan: Dituduh Sertai Golongan Iluminati Sebab Mata Lebam, Naim Daniel Jadi Mangsa Geng Konspirasi
Tindakan tersebut diambil oleh Naim selepas wujudnya dakwaan di media sosial. Ujar Naim, isu berkenaan boleh menjejaskan reputasinya sebagai anak seni dan mengundang fitnah yang berpanjangan.
Buat laporan polis
Menurut syarikat pengurusan Naim, World Peace Entertainment Sdn. Bhd, mereka mengambil berat mengenai isu tersebut. Sehubungan dengan itu juga, mereka ingin menegaskan kepada semua bahawa Naim mengalami kecederaan akibat bermain papan luncur di Seksyen 13, Shah Alam. Kemalangan yang berlaku telah mengakibatkan lebam di mata, kecederaan di tangan kiri dan sedikit luka ringan di muka.
Lebam di mata beliau telah membangkitkan spekulasi di kalangan penganut teori konspirasi yang menyangka itu adalah perbuatan ‘Soul Scalping’ di satu halaman Instagram yang dinamakan sebagai Ilmu Eskatologi (@ilmu.eskatologi). Logo di topi Naim yang dimuatnaik di Instagram Story miliknya juga dijadikan sebagai bahan untuk menguatkan lagi konspirasi mereka sebagai pengikut dajjal.
Berikutan hal yang dilihat semakin serius, Naim Daniel memutuskan untuk membuat laporan polis di atas tuduhan yang agak berat sehingga menjejaskan reputasi serta fitnah yang berlarutan daripada pengikut-pengikut akaun Ilmu Eskatologi itu.
Kami dari pihak World Peace Entertainment Sdn. Bhd. ingin menegaskan sebarang tuduhan yang berat akan diambil tindakan serta merta untuk memastikan fitnah seperti ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.