berita

Dituduh Tidak Hormat Tempoh Edah, Yusof Haslam Tampil Pertahan Puteri Sarah – ‘Harus Faham, Sarah Bekerja Cari Rezeki’

July 11th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, Puteri Sarah Liyana dilihat mendapat pelbagai kritikan daripada sesetengah wargamaya yang menuduhnya tidak menghormati tempoh edah selepas bercerai pada 14 Jun yang lalu.

Komen tersebut ditulis netizen susulan beberapa gambar mesra yang dimuat naik pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Sedekah Dekat Korang, Pun Masih Menyalak Lagi’ – Puteri Sarah Tuju Pada Siapa Tu?

Yusof Haslam pertahan Puteri Sarah

Terbaharu, Datuk Yusof Haslam, tampil mempertahankan Sarah dengan menyifatkan menantunya itu wajar untuk tampil cantik dan bergaya meskipun masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan Syamsul Yusof.

Yusof yang digelar ‘The Six Million Dollar Man’ itu berpendapat, ia bukanlah satu isu buat menantunya yang kini perlu bekerja dan mencari rezeki selepas bercerai.

Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam edah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab.

Walaupun jarang bertemu dengan kedua cucu, Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail sangat memahami dengan jadual Sarah yang sibuk dengan penggambaran.

Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami.

Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman. Mereka (Syaikhul dan Sumayyah) tetap penawar dan penghibur saya serta isteri di penghujung usia kami ini.

Dalam pada itu, penerbit filem Sembilu itu sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sarah dan Syamsul dalam mengecap kebahagiaan meskipun sudah berpisah.

Komen netizen

Sumber: Harian Metro, Instagram

SKIP THIS AD ×