Umum mengetahui, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin telah melakar sejarah menjadi individu pertama di negara ini apabila menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech. Selain Muhyiddin, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya turut menerima vaksin yang sama semalam.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Muhyiddin Yassin, Noor Hisham Antara Individu Terawal Terima Vaksin Covid-19
Artikel berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera
Di Facebook, seorang doktor yang dikenali sebagai Arisman, tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai isu ‘tukar jarum vaksin’ yang viral selepas petugas kesihatan memberi suntikan kepada Perdana Menteri. Menurut beliau, pandangan masyarakat yang mendakwa suntikan tersebut sekadar ‘tipu’ adalah tidak benar.
Betul ke jarum dia berubah?
Sekadar gambar hiasan
Ada follower tanya “Betul ke ni doktor, jarum dia berubah? Ambil ubat pakai warna biru kemudian bila suntik dah tukar warna oren? Menipu ke? Risau takut info ni mengelirukan masyarakat luar sana. Terima kasih. Betul. Bagi mereka yang tak tahu, ianya akan sangat mengelirukan. Antivaksin setiap masa akan cuba cari cara dan helah untuk menipu kita dan membenci kepada vaksin. Baiklah. Keadaan ini memang biasa berlaku. Terutama para ibu bapa yang menemankan bayi kecil mereka suntik di klinik-klinik, mereka selalu nampak keadaan ini. Nurse akan melakukan hal yang sama. Apa dia? Iaitu.
Menurut Dr Arisman, jarum yang bersaiz besar akan digunakan untuk menarik masuk ubat dari vaksin. Ini kerana, ianya mempercepatkan proses menarik ubat tersebut untuk masuk ke dalam picagari. Tambah beliau, petugas kesihatan selalunya akan memakai jarum bewarna biru bersaiz 23G dan jarum bewarna hijau yang lebih besar iaitu 21G. Ujar beliau lagi, selepas ubat sudah dimasukkan ke dalam picagari, jururawat atau doktor sememangnya akan menukar jarum tersebut kepada saiz yang lebih sesuai iaitu mengikut tempat suntikan dan saiz badan individu. Namun, picagari yang digunakan tidak bertukar.
Dr Arisman turut memberikan contoh iaitu jika seseorang individu perlu menerima suntikan di bahagian lengan, petugas kesihatan boleh memakai jarum biru sekiranya individu tersebut berbadan besar. Tetapi, kebanyakan daripada petugas kesihatan akan memilih jarum bewarna oren dan bersaiz kecil iaitu 25G.
Setiap jarum berbeza diameter
Sekadar gambar hiasan
Setiap saiz jarum berbeza diameter dan panjangnya. Ini sangat penting dalam memilih jenis suntikan yang diberikan. Begitu juga apabila doktor mahupun jururawat yang ingin mengambil darah pesakit. Ada macam-macam warna kan?
Di akhir posting, Dr Arisman memberitahu bahawa jarum perlu ditukar bagi mengelakkan kontaminasi silang atau cross infection daripada permukaan ampoule/vial kepada kulit dan lapisan bawah kulit. Oleh itu, dia berharap masyarakat dapat menghentikan penyebaran maklumat yang salah mengenai berita tersebut.
Sumber: Dr Arisman