Foto: Harian Metro
Vaksin Covid-19 telah tiba di Malaysia. Rakyat di negara ini kini boleh membuat pendaftaran bagi mendapatkan vaksin Covid-19 bermula pada 1 Mac 2021.
Artikel berkaitan: Pensyarah Perubatan Saran Wanita Mengandung, Menyusu Bayi Tangguh Ambil Vaksin Covid-19
Artikel berkaitan: Viral Video Dedah Kesan Sampingan Vaksin, Doktor Ini Dipanggil Polis Beri Keterangan
Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera
Foto: The Rakyat Post
Pendaftaran untuk vaksin boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera. Aplikasi MySejahtera kini telah dikemas kini kepada versi 1.0.28 untuk pendaftaran vaksin. Pengguna IOS dan Android boleh mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin.
Setelah selesai mengemaskini aplikasi tersebut, pengguna harus mencari butang vaksinasi Covid-19 yang ada pada skrin utama MySejahtera. Selepas pengguna klik pada butang tersebut, pengguna dapat melihat dan mengemaskini profil untuk memastikan semua informasi diri adalah betul.
Setelah disahkan, pengguna boleh terus mendaftar untuk vaksinasi. Pengguna juga boleh perhatikan bahawa Fasa 1 yang bermula esok, 24 Februari hanya untuk Frontliners. Namun, pengguna boleh terus meneruskan proses pendaftaran dan pengguna akan diberitahu ketika fasa seterusnya bermula.
Untuk mendaftar, pengguna perlu menjawab 4 soalan yang merangkumi minat anda untuk diberi vaksin, jika anda mempunyai sejarah penyakit, sama ada anda terdaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) serta alamat rumah anda sekarang. Aplikasi ini menggalakkan agar pengguna dapat mengaktifkan pemberitahuan supaya pengguna dapat menerima makluman mengenai status vaksinasi.
Fasa-fasa pemberian Vaksin
Foto: Soya Cincau
Fasa pertama untuk vaksin ini merangkumi 500,000 barisan hadapan dari Februari hingga April 2021. Fasa 2 akan berlangsung dari April hingga Ogos 2021 dan ia merangkumi 9.4 juta orang yang melibatkan warga emas (60 tahun ke atas), kumpulan berisiko tinggi dengan penyakit kronik dan orang yang ada kecacatan. Fasa 3 akan bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022 yang akan merangkumi 13.7 juta orang. Ini akan merangkumi semua populasi dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Semua warganegara dan bukan warganegara disertakan dan vaksinasi ditawarkan secara percuma.
Sumber: SoyaCincau