berita

[VIDEO] Muhyiddin Yassin, Noor Hisham Antara Individu Terawal Terima Vaksin Covid-19

February 24th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Hari ini telah berlangsungnya Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya. Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech telah tiba dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Airbus 330-300.

Artikel berkaitan: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula 24 Februari Ini

Artikel berkaitan: Cara Daftar Vaksin Covid-19 Di Aplikasi MySejahtera

Kelihatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah antara individu terawal menerima vaksin tersebut di Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri terima vaksin

Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin melakar sejarah menjadi individu pertama di negara ini apabila menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech. Perdana Menteri disuntik di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya Presint 11 pada jam 2.40 petang oleh juru suntik yang dilantik Kementerian Kesihatan iaitu Lina Ibrahim yang juga merupakan Ketua Jururawat Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya.

Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Putrajaya turut menerima vaksin berkenaan hari ini.

Kesemua penerima akan dipantau 30 minit selepas disuntik sebelum pelepasan diberikan kepada mereka. Mereka menerima vaksin tersebut adalah merupakan antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

Siaran sepanjang program

https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/416739282962625

Sumber: Berita RTM

SKIP THIS AD ×