berita

Ditusuk Pisau Oleh Anak Sendiri, Wanita Sempat Minta Anak Beritahu Dia Ditikam Orang Lain Sebelum Mati

September 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja didakwa berlaku kejam dengan membunuh ibu kandungnya di Jawa Tengah, Indonesia, pada Ahad lalu (19/9/2021). Suspek berusia 17 tahun, dikatakan membunuh ibunya selepas ditegur malas.

Gara-gara ditegur malas oleh ibu

Sekadar gambar hiasan

Lapor Tribun News, mangsa yang berusia 34 tahun, sempat menyampaikan ‘amanah’ terakhir buat suspek dan memintanya untuk berbohong bagi menyelamatkan dirinya. Difahamkan, ketika kejadian suspek sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum ibunya datang memberikan nasihat supaya tidak malas.

Mangsa menjelaskan suspek hanya menghabiskan masa untuk menonton televisyen, makan dan tidur. Berang dengan ‘nasihat’ tersebut suspek bertindak ke dapur bagi mengambil pisau dan menikam mangsa di bahagian perut. Susulan daripada itu, mangsa mengalami kecederaan sebelum jatuh rebah.

Suspek mengaku bahawa dia kesal kerana sering dimarahi kerana tidak bekerja dan dikatakan hanya makan, tidur dan menonton televisyen. Mangsa ditikam dengan pisau dapur berhampiran. Mangsa yang jatuh dipukul di kepala dan ditendang di belakang.

Panik dengan apa yang terjadi

Sekadar gambar hiasan

Mangsa yang terbaring dengan berlumuran darah membuatkan suspek panik sebelum dia bertindak menjerit bagi meminta bantuan daripada orang ramai. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan yang dialami. Mengulas lebih lanjut, kes tersebut terbongkar berikutan penduduk kampung yang memandikan mayat dan mendapati terdapat kesan pelik pada tubuh badan mangsa.

Susulan daripada itu, pihak polis melakukan soal siasat dan suspek akhirnya mengaku atas kesalahan yang telah dibuat. Lapor media tempatan, walaupun mangsa diperlakukan dengan kejam dia tetap mahu melindungi anaknya dan memintanya untuk berbohong.

Mangsa dipercayai sempat meminta anaknya untuk memberitahu suaminya bahawa dia ditikam oleh orang gila yang bertindak masuk ke rumah mereka.

Beritahu ayahmu bahawa aku ditikam oleh orang gila yang masuk rumah.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×