berita

Diugut & Dimaki Pesakit, Doktor Ini Dedah Ada Frontliner Jumpa Pakar Psikiatri Sebab Tekanan Kerja

January 26th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Melawan wabak Covid-19 bukanlah tugas yang mudah apatah lagi terpaksa berdepan dengan musuh yang tidak nampak. Namun, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat terjamin, mereka iaitu petugas-petugas kesihatan ini sanggup merisikokan diri sendiri untuk merawat orang ramai.

Terbaru, suami kepada pelakon Umi Nazeera iaitu Dr. Izzar ada meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia.

‘Complain, complain, complain..’

Dalam perkongsian Dr. Izzar di Instagram, dia mendakwa ada segelintir rakyat Malaysia sering mengeluh terhadap cara kerja petugas barisan hadapan. Malah, mereka turut merungut dari pelbagai aspek termasuklah servis dan makanan yang disediakan oleh pihak hospital.

Bila kami dah dapatkan katil di hospital dan ambulans datang awal, marah kat kami sebab kenapa awal sangat? Mak saya tak sempat nak bersiap. Pastu marah kata di tempat mak dia pergi tak selesa. Dihubunginya pegawai penyiasat kes mak dia dan ugut-ugut lagi. Bila dah buat test covid sendiri kat swasta dikatanya positif (taktau test jenis apa).

Di ugut kata keluar tempat awam. Sebab Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tak call dia. Padahal dah call. Bila kita dah selamatkan orang tu, dah selamat keluar ICU semua, ada hati nak complain kata makanan hospital tak sedap. Bila dah kata operasi kedai makan sampai pukul 8 malam, kita extend la lagi sampai 10 malam. Takde hal.

Jelasnya lagi, kini sudah lebih setahun para petugas kesihatan bekerja tanpa henti sehingga menjejaskan kesihatan diri sendiri.

Ada kawan-kawan saya yang dah rujuk ke psychiatrist sebab dah stress melampau. Kerja tanpa henti. Beban kerja bertambah dan macam-macam lagi.

‘Faktor utama adalah sikap kita sendiri’

Dalam kesempatan itu, Dr. Izzar menasihati orang ramai supaya bersama-sama dalam menangani wabak Covid-19 ini. Setiap individu perlu memainkan peranan masing-masing dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mempertikaikan mengapa kes harian Covid-19 naik sehingga mencecah empat angka, tetapi mereka tidak sedar semua itu terjadi adalah disebabkan sikap pentingkan diri segelintir rakyat Malaysia itu sendiri.

Faktor utama sama ada kita nak lama lagi atau tak dengan COVID-19 ni adalah SIKAP kita sendiri. Degil taknak patuh SOP. Rasa diri kebal, takpelah demam sikit-sikit je pastu pergi kenduri. Alah buka mask kejap je pun etc. Kita dah nampak kesan dari cuti Krismas n New year tu sekarang. Ramai pergi melancong n berjalan n kenduri sakan masa tu. Lepas tu masuk tempat kerja jangkit rakan sekerja pulak. Sebab tu kes naik sampai ke 4 angka tiap-tiap hari sekarang. Pastu tanya bila kes nak turun ni?

Dia juga meminta rakyat Malaysia supaya bersikap lebih matang dan tidak menambahkan bebanan petugas-petugas kesihatan dengan masalah yang remeh. Sebaliknya, berilah ruang kepada petugas-petugas kesihatan ini supaya mereka boleh fokus membuat kerja mereka.

Sumber: Dr. Izzar

SKIP THIS AD ×