Diuji dengan kecacatan tiada kedua-dua belah kaki semenjak lahir, seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Dhiya dilihat menangis sewaktu mendengar ceramah Ustaz Ebit Lew. Lebih menyayat hati, dari mula sehingga akhir ceramah tersebut dia khusyuk mendengar dan mencatat semua isi ceramah yang disampaikan. Sedihnya!
Sebab Allah sayang
Sebak menangis rasa. Adik Dhiya cantik comel ni tiada kedua belah kaki semenjak lahir. Ya Allah. Dari mula sampai akhir duduk depan sekali. Khusyuk mendengar. Sepanjang ceramah menangis dan tekun mencatat semua isi ceramah saya. Periksa dapat A jer. Ya Allah betapa baiknya anak ini. Berilah kekuatan padanya. Jagakanlah Dhiya ini terus kuat dan panjangkan umur berkat rezeki umur menjadi matahari hidayah.
Menerusi video berdurasi 3:32 saat itu, adik Dhiya memberitahu bahawa dia dilahirkan tiada kedua-dua belah kaki sejak lahir. Tambahnya, dia pernah menangis dan bersedih kerana kekurangan yang sedemikian. Namun begitu, Ustaz Ebit kembalikan semangatnya dengan menyatakan dia sangat cantik dan sangat sempurna di sisi Allah.
Ustaz Ebit turut memberitahu bahawa kanak-kanak itu seorang yang matang walaupun dia baru berusia 9 tahun. Sepanjang ceramah itu berlangsung, adik Dhiya kelihatan sangat fokus dan duduk di barisan hadapan. Di samping itu, Ustaz Ebit turut memberitahu bahawa ramai manusia yang kekurangan di luar sana mampu menarik minat orang yang bukan beragama Islam untuk memeluk agama tersebut. Oleh itu, dia berharap Dhiya mampu menjadi salah seorang daripada insan tersebut.
Cantik adik Dhiya ni
Sumber: Ebit Lew