berita

‘Diuji Positif Covid-19 Jauh Berbeza Dengan Cedera Atau Patah’ – The Rock Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid-19

September 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Bintang terkenal Hollywood, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock mengesahkan dirinya dan keluarga disahkan positif Covid-19 sejak beberapa minggu lalu. Dwayne mendedahkan perkara itu menerusi video pendek yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

Satu keluarga positif Covid-19

Menerusi video berdurasi 11:34 saat yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya menjelaskan isterinya iaitu Lauren Hashian bersama dua anak perempuan Jasmine dan Tiana dijangkiti virus itu lebih kurang dua atau tiga minggu yang lalu.

Menurutnya, mereka dijangkiti daripada rakan keluarga terdekat dimana mereka pun tidak tahu bahawa diri mereka telah positif wabak maut tersebut. Johnson mengakui itu adalah saat yang sangat mencabar buat dia sekeluarga. Bagi Johnson, keutamaannya adalah untuk melindungi ahli keluarga.

Ini sesuatu yang sangat mencabar dan sukar untuk kami lalui sebagai sebuah keluarga dan untuk saya secara peribadinya. Diuji positif Covid-19 jauh berbeza daripada kecederaan atau patah yang sudah lebih beberapa kali saya alami.

Nasihat buat orang ramai

Sementara itu, Johnson turut menegaskan dia bersama ahli keluarga telah pulih sepenuhnya. Menceritakan perkara itu, Johnson memaklumkan kedua-dua anaknya itu tidak mengalami gejala yang teruk sebaliknya hanya menghidap sakit tekak beberapa hari.

Selain itu mereka bangkit semula dan kehidupan mereka sudah kembali seperti biasa. Anak-anak gembira berlari dan bermain.

Dalam kesempatan itu juga, Johnson sempat menasihati orang ramai supaya menjaga disiplin diri, meningkatkan sistem imunisasi serta memakai pelitup muka dan melindungi keluarga.

Sumber: Dwayne Johnson

SKIP THIS AD ×