Siapa yang rajin jenguk ke kedai Eco atau Mr DIY mesti perasan ada pelbagai jenis cermin muka yang murah. Harga cermin boleh didapati sekitar RM2-RM5 sahaja. Bagi yang kreatif, anda bolehlah menghasilkan sebuah vanity mirror seperti yang dikongsi wanita ini.
Menerusi Facebook, Puan E’zzati Zainol yang menunjukkan cara terperinci menghasilkan cermin mekap berlampu atau vanity mirror dengan kos yang paling bajet. Bahan yang digunakan memang mudah nak dapat. Hasilnya pula sangat cantik, siap ada lampu lagi!
Simple tapi cantik
Hanya 4 bahan utama yang diperlukan.
Peralatan diperlukan
- Kotak terpakai
- Wallpaper
- Fairy lights*
- Bola ping pong
*Lampu ini memang ada dijual macam ni dah siap dengan bateri. Boleh dapatkan di Kaison.
Cara-cara
1. Buat Rangka & Balutkan Dengan Wallpaper
Pertama sekali, potongkan kotak ikut ukuran cermin yang kita ada.
Kemudian, gamkan dan balut dengan wallpaper pilihan anda.
2. Tebuk Lubang Pada Kotak
Bila dah siap balut, tebukkan lubang di sekelilingnya dengan menggunakan pensel. Anggarkan jarak mengikut besar bola ping pong.
(Yang ini saya buat contoh je, jadi sebab tu tak balut dengan wallpaper.)
3. Masukkan Lampu
Seterusnya, masukkan lampu di bahagian belakang kotak tadi.
4. Tebuk Bola Ping Pong
Kemudian, tebuk bola ping pong dan masukkan lampu tadi ke dalam bola pingpong.
Kalau rasa tak cukup terang, boleh masukkan lagi banyak lampu ke dalam bola ping pong. Kalau nak lagi terang, guna bulb LED.
Bila dah OK, boleh gamkan supaya lebih kukuh.
5. Siap
Tada… Dah siap rupanya. Mudah kan?
Sumber : Siraplimau , E’zzati Zainol Sugarbomb