berita

DJ Lin Bakal Tunai Umrah Syawal Ini – ‘Saya Berdoa Agar Allah Beri Kemudahan & Ketenangan’

April 12th, 2024 | by Alia
Kini Trending

dj lin

Penyampai radio merangkap Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin memaklumkan bahawa dia akan beraya di Johor terlebih dahulu sebelum mengerjakan umrah.

Artikel Berkaitan: Netizen Lancar Petisyen, Minta DJ Lin Letak Jawatan – ‘Kami Percaya Dia Sudah Tidak Relevan’

Artikel Berkaitan: ‘Setiap Minggu Pendengar DJ Lin Antara Tertinggi, Tiada Sebab Untuk Dipecat’ – Pengerusi Stesen Radio

Panjatkan doa

dj lin

Umrah kali ini merupakan kali pertama dilaksanakan oleh DJ Lin atau nama sebenarnya Roslina Abdul Majid ketika di bulan Syawal.

Difahamkan DJ Lin pernah menunaikan ibadah tersebut sebanyak tiga kali sebelum ini.

Pada 10 Syawal saya akan menunaikan umrah, saya berdoa agar Allah beri kemudahan dan ketenangan.

Tahun ini Allah beri rezeki untuk saya bawa keluarga seramai 13 ke 14 orang untuk kami mengerjakan umrah bersama.

Saya akan beraya di Johor Bahru dahulu dan kemudian membuat persiapan untuk mengerjakan umrah.

Penyampai radio berusia 48 tahun ini berkata, dia juga akan mengambil kesempatan sepanjang berada di Tanah Suci untuk memanjatkan doa buat dirinya dan seluruh warga kerja Suria FM.

Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran bukan sahaja untuk saya tetapi untuk semua anak-anak buah saya di Suria FM dalam menempuhi ujian dari Allah.

Bagi saya Suria FM tu ibarat nyawa saya sendiri.

DJ Lin berkata demikian ketika ditemui OhBulan! pada sidang media kempen Raikan Yang Dirai bersempena sambutan hari raya anjuran Suria FM yang berlangsung di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, DJ Lin bersama-sama barisan penyampai radio Suria FM telah menjayakan sebuah drama pendek sempena sambutan aidilfitri.

Kalau sebelum ini drama raya mesti sedih, pilu..tapi ini kali pertama kita buat penggambaran di bandar dan konsepnya romantik komedi. Jadi ianya adalah sesuatu yang berbeza.

Selain daripada drama raya dan lagu raya, Insya-Allah untuk on air ada edisi program raya. Kita dah rakam siap-siap dengan artis-artis terkenal.

Untuk info, drama pendek berjudul Suami Raya itu turut menampilkan Azlee Senario dan Shuib.

SKIP THIS AD ×