berita

[VIDEO] Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Umrah – ‘Buat Seorang Diri Lagi Senang & Mudah’

December 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

puteri sarah

Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi dengan warganet pengalamannya mengerjakan umrah seorang diri di Makkah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Rahsiakan Karier Sebagai Selebriti Depan Anak-Anak – ‘Mereka Cuma Tahu Nama Sahaja’

Artikel Berkaitan: 5 Hari Kurang Sihat Sampai Masuk Hospital, Puteri Sarah Tak Sedar Demam Sebab Sibuk Bekerja

Lebih senang dan mudah

puteri sarah

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui dia berasa takut mengerjakan umrah seorang diri namun niat baiknya untuk melakukan ibadah dipermudahkan.

Sepanjang saya umrah seorang dekat sini, saya rasa best. Saya takut juga tapi Alhamdulillah Allah permudahkan.

Sarah datang tawaf pun seorang diri, solat sendiri dan umrah pun.

Bercerita lanjut, aktres berusia 38 tahun ini menjelaskan bahawa dia melakukan umrah seorang diri kerana kepenatan ketika tiba di Makkah dan tidak dapat untuk turut serta bersama kumpulannya.

Masa kami sampai di Makkah, sudah malam dan semasa kami makan, saya mengantuk sangat-sangat.

Mereka ada tanya saya nak umrah sendiri atau nak ikut. Tapi saya memang tak larat sangat-sangat dan penat.

Alhamdulillah buat sorang-sorang lagi senang dan mudah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan perjalanan umrah pelakon drama Suri Hati ini dipermudahkan dan semua ibadahnya diterima di sisi Allah.

@hannankhaira_

Semoga Puteri Sarah Liyana dipermudahkan segala urusan nya?????#makkahmadinah? #puterisarahliyana #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #??_story? #???????? #andiarsyil #makkahmadinah? #puterisarahliyana

? Music Islami – R22 Music

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×