Pempengaruh media sosial sensasi, DMA Islam sekali lagi menyorot perhatian dengan ciapan di media sosialnya yang mencetuskan amarah dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mentaliti Ini Punca Perempuan Hilang Hormat Dekat Lelaki’ – Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam, Dakwa Wanita Hanya Kemas Rumah & Mengangkang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] DMA Islam Tak Letak Nilai Hantaran Tapi Tetapkan 3 Syarat Untuk Bakal Isteri – ‘Dia Kena Lari 1,000 Meter Selama Seminit’

Misi nak anak ramai

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, DMA berkongsi hasratnya untuk memiliki zuriat yang ramai setelah dirinya sah menjadi suami.

Misi 13 orang anak. Jom!

Dalam pada itu, DMA dilihat menjawab persoalan netizen yang mempersoalkan keadaan bakal isteri yang perlu menanggung kesakitan bersalin.

Bagaimanapun, DMA akui tidak bersimpati dengan keadaan tersebut sekali gus menyifatkan dirinya sebagai seorang suami Alpha.

Tak kesian.

Siapa suruh kahwin dengan lelaki Alpha.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan kenyataan yang dikeluarkan DMA tanpa memikirkan risikonya. Selain itu, warganet turut bersimpati atas nasib bakal isteri yang disifatkan sebagai wanita malang.

Sumber: Threads @dma_islam