berita

‘Doa IQ Bertemu Jodoh Yang Baik’- Iqram Dinzly Dedah Isi Surat Terakhir Buat Arwah Bapa.. Sedihnya

March 5th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Sebut sahaja ‘Princhicy Dinzly Chiki Chiki Boom’ pasti anda akan terus teringat kepada pelakon, Iqram Dinzly. Aktiviti dan karenahnya di laman sosial media telah menarik perhatian ramai netizen. Walaupun ada ketika gerak gerinya dianggap pelik, namun jauh di sudut hati kita tahu bahawa Iqram ni seorang anak dan insan yang baik.

Ini terbukti apabila setiap kali sesi temuramah, Iqram akan sentiasa menyebut nama ibunya. Terbaru, Iqram telah berkongsi surat terakhir yang ditulis buat arwah bapanya di Instagram.

‘Ini bukan tempat kita papa..’

Papa oh Papa ! #Happybirthday
Semoga #Papa celebrate usia 72 tahun disana dengan cahaya dan perlindungan dari Yang Maha Esa . Maaf kerna tidak bersama . Kerna IQ sedang usaha untok kotakan kata – kata yang pernah iq perkatakan melalui penulisan terakhir IQ kepada Papa dimalam hari kelahiran IQ yang ke 36 tahun lepas dan inilah saat terakhir kita bersama didunia dan InsyaAllah akan jumpa nanti disana . See ya my big baby ? [ #papakuterlantarlagi ]
Nota terakhir buat PAPA yang sempat dibaca dan 10 hari kemudian pulang ke rahmatullah : “ Jangan lupa selalu zikir dan mohon doa dari Allah yg terbaik untok papa dan seluruh keluarga . Ini bukan tempat kita papa . Disana lagi indah buat kita hambanya Allah swt & umatnya Rasullullah saw . Namun sekiranya papa nak berjuang sama , papa kena banyak bersabar . Dan doakan supaya segala urusan ujian dugaan dipermudahkan buat iq dan lain lain ya papa . Everyone said you are warrior . You done a great job . Dan ramai yg mendoakn papa . Alhamdulillah . Papa , thanks for teach me how to be human n real muslim . Doakan iq bertemu jodoh yg baik yg dpt lahirkan zuriat yang baik demi warisan #Dinzly papa ya . I will do my best slowly & surely , dengan niat Lillahitaala. Aaminnnn. “ ——————————————
? #Alfatihah buat Almarhum Ayahanda Muhammad Saipuddin Bin Dato Seri Haji Ahmad Said #papakukembali ]
Tahniah #mama sebab #sabarmenghabiskan #mamakuiddah4bulan10haridengan #tenang sekali . Maaf atas segalanya . ?

Netizen beri kata-kata semangat buat Iqram

Sumber: Instagram Bawaabata.merebucks

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×