Menerusi sebuah rakaman video di Instagram, teman lelaki kepada pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani iaitu Antonio Dedola dipercayai sudah memeluk Islam.
Artikel berkaitan: Pelakon Mengaku Kerap Berzina Tapi Tak Pernah Tinggal Solat Subuh- ‘Yang Berdosa Itu Saya, Yang Sedap Juga Saya’
Pakai persalinan putih
Menerusi pemerhatian pihak Ohbulan! Antonio dilihat memakai persalinan putih lengkap bersongkok sebelum melafazkan syahadah yang dibimbing oleh seorang ustaz. Video tersebut dimuat naik di laman Instagram milik kawan baik Nikita iaitu Fitri Salhuteru. Fitri turut mendoakan yang baik-baik terhadap Antonio di atas penghijrahan besar yang dilakukan itu.
Saya berharap dengan kerelaan anda masuk Islam membuatkan hidup bertambah baik dan menjadi manusia yang berguna. Semoga Allah sentiasa membimbing anda ke arah kebaikan.
Sebagai rakan, Fitri berharap Antonio mampu menjadi imam yang baik untuk Nikita dan anak-anak mereka kelak.
Doaku semoa kamu berjodohan dengan Nikita dan menjadi ketua keluarga serta contoh baik kepada anak-anak Niki serta menjadi imam untuk keluarga mereka.
Pada masa yang sama, Nikita turut berkongsi video tersebut dan memanjatkan kesyukuran kerana kekasihnya mendapat hidayah.
Sumber: Nikita