Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menitipkan doa buat Faisal Halim yang kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta susulan insiden disimbah asid.
Artikel Berkaitan: Insiden Cermin Kereta Safiq Rahim Dipecah, Isteri Mohon Doa – ‘Ya Allah Lindungi Kami Dari Mata-Mata Jahat’
Artikel Berkaitan: Tidak Berperikemanusiaan & Melampau’ – Dr Zulkifli Tersentak Faisal Halim Disimbah Asid
‘Kita perlukan dia’
Menerusi temu bual bersama Awani, Norshahrul atau mesra dengan sapaan Mat Yo turut meminta rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan untuk penyerang pasukan Harimau Malaya itu.
Sama-sama kita semua mendoakan Fasial. Sama-samalah kita rakyat Malaysia semua bersatu hati mendoakan Faisal semoga sembuh seperti sediakala dan kita semua berharap prestasinya kembali seperti mana yang kita tahu kelincahannya.
Kita semua perlukan dia (dalam pasukan kebangsaan). Semoga Allah memberikan kesihatan kembali untuk dia, insya-Allah.
Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey telah selamat menjalani pembedahan kali kedua yang dijalankan pada Selasa malam.
Sementara itu, memetik laporan tempatan, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat melawat Faisal di hospital memaklumkan pemain itu sudah sedar dan mula menjamah makanan.
Selain Faisal, dua orang lagi pemain bola sepak turut berdepan insiden tidak diingini iaitu Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.
Sumber: Awani