Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mendedahkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap aktor Farid Kamil. Ini susulan tindakan Farid berkongsi hantaran di Instagram (IG) mengenai isu keganasan yang dipercayai ditujukan kepada Syamsul.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Fail Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Sentiasa Doa Jadi Suami Adil, Nafi Ira Kazar Tengah Berbadan Dua
Mesti aku saman kau
Ketika ditemui OhBulan!, Syamsul menyatakan dia enggan berperangai kebudak-budakan di media sosial. Justeru, dia bersedia untuk menyelesaikan isu terbabit dengan Farid di mahkamah.
Kepada Farid Kamil, saya sama juga tak nak jadi ‘pondan’. Nak bising di media sosial. Kita dah tua. Kenapa buat game macam budak-budak ini?
Jadi, saya jumpa dekat mahkamah saja. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la.
Malas nak gaduh
@ohbulanofficial Syamsul Yusof mendedahkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap aktor Farid Kamil. #ohbulan #sembangentertainment #syamsulyusof #bakal #ambil #tindakan #undangundang #terhadap #faridkamil ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof menyifatkan apa yang berlaku dalam kehidupannya sebagai ujian dari Allah SWT.
Saya malas nak main game media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekarang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gaduh tetapi ini ujian la.
Sebelum ini, Farid mendakwa Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama Diana (dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle) namun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya pada tahun 2020.
Pada hari Selasa, Syamsul telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.