berita

Doktor Dijangkiti COVID-19 Kongsi Simptom Dialami, Dari Hari Pertama Sehingga Keenam

March 18th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Seorang doktor yang bertugas di Hospital Universiti Oxford, UK, Chris Gough, menceritakan pengalaman dijangkiti virus Covid-19. Menerusi perkongsian di Twitter, dia memberi gambaran tentang bagaimana sebenarnya jangkitan itu dan simptom-simptom yang dilalui pesakit dari hari ke hari. Dia walaubagaimanapun sedang dalam proses pemulihan dengan self quarantine (kuarantin).

Perkongsian seorang pakar, ahli bius dan petugas di bahagian rawatan intensif ini ternyata menarik perhatian dunia apabila mendapat lebih 100k retweet.

Simptom jangkitan

Chris Gough berharap pengalaman ini dapat membantu orang ramai mencegah penularan. Dia berkata lagi, perkongsian ini dari sisi seorang pesakit bukanlah doktor.

Menurutnya, pada hari pertama dia berasa tidak sedap badan, demam dan keletihan melampau. Badannya menggigil dan berpeluh sepanjang hari selain sakit seluruh badan. Selera makan juga hilang secara mendadak. Dia mula mengalami batuk-batuk pada waktu tengah hari.

Hari kedua dan seterusnya

Pada hari kedua, dia langsung tiada tenaga untuk meneruskan hari. Badan masih menggigil dan berpeluh tetapi tidak seteruk hari pertama. Dia mula berasa sakit di bahagian kepala. Pada hari ketiga, sakit kepala dan keletihan semakin serius. Batuk berkurangan dan selera makan sudah mula ada.

Semakin baik pada hari keenam

Badan masih keletihan dan selera makan hilang lagi pada hari keempat jangkitan. Batuk kurang tetapi sakit kepala masih berterusan. Begitu juga dengan hari kelima, namun sakit kepala sudah hilang dan selera makan sudah semakin baik. Walaubagaimanapun, dia masih tidak berdaya untuk bangkit dari katil, apatah lagi untuk keluar daripada rumah. Masih berbaki dua hari untuk kuarantin.

Hari keenam, dia berasa semakin pulih namun masih keletihan dan kekurangan tenaga sehingga tertidur di sofa. Tidak mampu bangun untuk keluar dari rumah.

Dia berpesan kepada sesiapa yang mempunyai simptom demam suhu melebihi 37.8 darjah Celcius untuk kuarantin diri. Amat penting untuk mematuhi langkah penjagaan agar keluarga, rakan, diri terhindar dari jangkitan virus.

Sumber : oxfordmail , Chris Gough

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×