berita

Doktor Ini Suarakan Bebanan Sistem Pendidikan Dihadapi Guru, Murid & Ibu Bapa

August 14th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2015-08-14 at 11.25.05 AM

“Uih.. ni bawak buku ke bawak batu?”. Itulah persoalan yang terlintas di fikiran saya bila terlihat anak buah pulang dari sekolah dengan membawa beg yang sangat berat.  Jawapannya “Harini banyak subjek, kena bawa semua buku.”

Secara tidak langsung, saya terus teringat perbualan ringkas itu apabila membaca pendapat yang disuarakan oleh Dr Othman Talib mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang dilihat sebagai satu bebanan besar bukan sahaja untuk guru dan murid, malah kepada ibu bapa juga.

Bila Menteri Pendidkn bersuara…

Menteri Pendidikan semalam menyatakn hasrat kaji beban guru…. nk panggil bbagai pihak n pakar…. emmmm. Aku nk respon sbg marhaen… sebab bukan sahaja guru tertekan… murid dan ibubapapun turun terbeban..

guru

(gambar hiasan)

1. Bagi aku guru wajib tumpukn pd pengajaran. Itu tugas utama yg tidak boleh kompromi. Ini bukan bmakna kena mengajar > 48 jam seminggu… tapi kurangkn content n panjangkn skit period supaya pnp boleh sampai atleast thp applikasi dan sintesis bg setengah2 subjek.
Then approach mestilah berunsur innovasi, kritikal n HOT.

2. Aku bpendapat… apa yg selama ini cuba nk dikurangkan adalah SYMPTON…. camner nk bagi cikgu xstress xterbeban…. sdg BEBAN yg mjadi PUNCA stres tak dikurangkan.. malah BERTAMBAH! Kerja2 mcm urusan buku teks , buku nilam, buku hijau, buku report; buku disiplin, yuran, ujian lisan, guru koko, guru kurikulum, guru kelas, guru ppriksaan… dll tugas admin yg aku pun xtahu…. bukan dibuat oleh guru. Jk perlu sekadar selaraskn shj. Then guru diminta buat action research…. ini menambah BEBAN bukan mengurangknnya. Then diminta ajar KBAT… tambah beban lagi…. Apa cadangan u? Cakap senanglah bro… Abis yg di atas tu bukan cadangan ke? Sdg PPSMI yg tambah beban n budget boleh terus laksana dlm 6 bulan… takkan kurangkn beban pun nk tanya rakyat marhaen macam aku ni.

japan

(gambar hiasan)

3. Di Jepun…. di Tokyo…. sekolah mesti bhampiran komuter. Pelajar sekolah rendah kelihatan berdikari menaiki komuter ke sekolah in group. Kita xsampai fikir cam tu. Mereka disiplin… murid xboleh belajar jika xdisciplin. Di Oz… murid darjah 2 dah jlnkn interview dan search info online – inilah constructivism. Ank kita di Msia blk rumah bwh homework n latih tubi! Pasti kena beli xtra buku…. aku lihat byk juga yang sampai hujung tahun tak abis gunapun… then pergi tuisyen. Sekarang ni bukan saja GURU dan PELAJAR malah MAK BAPAK pun tertekan dan terbeban !! Kalau yang berada maybe boleh relex skit sebab duit banyak… tapi yang sikit duit tapi byk anak…. terbeban 23 x lah jawabnya. Adakah ini education yang kita mahu ?

4. Ala bro kecoh2 pun bkn boleh buat apa…. ! Kecoh2 tapi xder sapa nk buat apa2 lebih BAIK dari xbuat apa2 tapi kecoh-kecoh… Aku xcdgkn tambah sek… tambah guru… tambah budget… tambah gaji… aku cdgkn kurang content supaya kurang stress so boleh improved pnp… baru ada masa nk guna Vfrog KBAT ithinks action research dll. Murid satu hari blaja 2 subjek pun dah ok… beg pun tak berat… kepala xpening dgn timetable dan cukup masa utk digest atau rehabilitate yg lemah…

sepak

(gambar hiasan)

5. Pelajar yg excel koko spt sport seni dll xler tension sbb content xler byk giler utk cover mlh boleh connect aktiviti luar dgn content dlm kelas. Inilah authentic n inquiry based learning…

6. Pernh aku sembang dgn seorang Prof di Jepun ttng Gallileo project network… semua guru sains Jepun bkongsi idea pnp sains yg sebhg idea dtg dari murid2. Mereka adakn ptemuan dan kolokium secara berkala sera kongsi info online. Dlm satu demo di Taiwan yg aku hadiri… wow… byk idea simple menvisualkn science ditunjukkan hanya guna bhn harian spt belon salotep kertas kain dll…

murid

(gambar hiasan)

7. Belajar 10 bab dan MAJORITY murid kuasai 5 konsep lebih baik dari belajar 20 bab tapi hanya MINORITY shj kuasai 5 konsep…. majoriti yg lain hanya menghafal dan mula tertekan dgn konsep2 baru yg akn dipelajari. Lama2 bukan saja GURU terbeban… majoriti MURID juga anggap sekolah hanya mbebankn.

8. Guru di msia patut digalakkan buat master / phd supaya meneroka pnp yg dapat diaplikasi… memahami inovasi…. inquiry-based… HOT… utk nenyumbang kpd pedagogi… malangnya belompun apa2…. proposal kajian mereka ditagih menyumbang pd negara … kalau tidak, mintak maap… sila apply semula !

Sumber: Facebook Dr Othman Talib

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×