berita

Doktor & Jurutera Jadi Pilihan, Pasar Ini ‘Jual’ Lelaki Untuk Dijadikan Suami & Mas Kahwin Cecah RM2.7K

August 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Sebut sahaja mengenai pasar, pasti dalam fikiran korang dah terbayang para peniaga menjual pelbagai jenis barangan seperti makanan dan keperluan harian. Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila sebuah pasar di India melakukan aktiviti dagangan kaum lelaki untuk dijadikan calon suami. Kedengaran tidak masuk akal, tetapi itulah realitinya.

Pasar ‘jual’ calon suami

Foto: Al Jazeera

Pasar yang terletak di Bihar, India ini dipanggil Saurath Mela atau Sabhagachhi dan telah beroperasi sejak 700 tahun yang lalu. Pasar Pengantin Lelaki ini merupakan satu tradisi dan ianya akan berlangsung selama sembilan hari di bawah pokok Pipal berhampiran pasar Bihar India. Difahamkan, pasar tersebut dilangsungkan bagi memudahkan kaum wanita mencari pasangan hidup yang serasi.

Ribuan lelaki akan berkumpul di bawah pokok di kawasan pasar tersebut setiap tahun untuk menunggu diri mereka ‘disunting’ oleh wanita. Setiap daripada mereka diletakkan harga atau mas kahwin tertentu berdasarkan kemampuan, latar belakang dan juga tahap pendidikan. Difahamkan, mas kahwin tersebut boleh mencecah sehingga INR50,000 bersamaan RM2,790.

Doktor, jurutera jadi pilihan

Sekadar gambar hiasan

Mereka kemudian akan dipilih mengikut bajet keluarga pengantin perempuan. Selain itu, keluarga atau pengantin perempuan sendiri akan meminta bukti seperti sijil pendidikan, sijil kelahiran dan dokumen lain lelaki yang dikehendaki. Selepas itu, mereka akan memulakan perbincangan lanjut. Menurut sumber, bakal pengantin perempuan tidak boleh memilih sendiri bakal suaminya sebaliknya keluarga yang akan memberikan kata putus.

Namun keluarga pengantin perempuan kebiasaannya lebih gemar mencari lelaki yang bekerja sebagai doktor, jurutera dan ahli profesional lain kerana golongan ini tidak mengambil mas kahwin yang tinggi. Meskipun zaman kini sudah terkenal dengan aplikasi cari jodoh atas talian tetapi masih ramai dalam kalangan anak muda di India mengamalkan tradisi ini.

Sumber: Dialogue Pakistan

SKIP THIS AD ×