berita

‘Doktor, Kaki Saya Ini Ada Bunian..Sakit..’ – Pesakit Dakwa Kaki Ada Bunian Rupa-Rupanya..

April 19th, 2019 | by Hazurin
Kesihatan & Hidup Aktif

Menerusi Facebook, Dr Khairul Faizie, seorang pesakit telah memberitahu bahawa kakinya berasa sakit dan ingin mendapatkan rawatan. Pesakit itu juga mendakwa bahawa punca sakit kakinya itu adalah disebabkan adanya ‘bunian’.

Terperanjat dengan dakwaan pesakitnya itu, lantas doktor tersebut membuat pemeriksaan dan mendapati bahawa ianya bukanlah disebabkan bunian.

‘Ini namanya BUNION..’

Sebaik sahaja duduk di kerusi patient, lelaki ini pun bagitau aku:

“Doktor, saya dah check kat internet…kaki saya ni ada bunian..sakit doktor..”

Haaaaa? Aku terperanjat. Dan aku risau juga nak periksa kakinya, kang aku pulak hilang kena kidnap dek bunian.

Bila aku check, laaa.. “Ini namanya B – U – N – I – O – N ”

BUNION atau nama medical nya HALLUX VALGUS ialah keadaan di mana tulang pada sendi jari Metatarsophalangeal joint (MTP joint) di ibu jari kaki anda, menyenget ke dalam (lari alignment nya), dan lama kelamaan membentuk bengkak pada sendi itu.

Disebabkan sendi MTP ini punya alignment dah lari ke dalam (masuk ke sisi jari kaki ke-2), maka dari luar kita nampak ibu jari kaki bentuknya abnormal. Dan kedudukan abnormal ibu jari kaki ini akan menyebabkan simptom sakit, terutamanya ketika berjalan. Ini kerana sendi MTP itu bersifat flexible, masa kita berjalan ianya bergerak. So, bila ia dalam susunan anatomi yang tak normal, dengan setiap gerakan ianya sakit.

Simptom-simptom Bunion

Antara simptom Bunion adalah:

  • Merah dan bengkak pada kulit di bahagian ibu jari kaki, sebab bergesel dengan kasut.
  • Kulit di bahagian bawah ibu jari kaki / tepi nya boleh mengeras, membentuk kematu (callus) akbibat geseran dengan jari sebelah.
  • Lama kelamaan, pergerakan sendi ibu jari itu sendiri jadi keras/ terbatas, so akan ganggu / menyusahkan pesakit berjalan.

Wanita lebih ramai kena bunion berbanding lelaki, why? Punca terjadinya bunion:

1. Pakai kasut yang tak betul/sempit pada bahagian muncung. So, ini memaksa ibu jari kaki teralih ke jari kaki ke-2. Lama kelamaan, posisi ini menyebabkan sendi MTP dan hujung tulang ibu jari kaki menyenget ke dalam.

2. Faktor keturunan. Memang ada orang yang bentuk jari kakinya lebih cenderung untuk membentuk bunion.

3. Ada penyakit berkaitan sendi (arthritis), seperti Rheumatoid Arthritis.

Cara merawat bunion

A) Rawatan bukan pembedahan

1. Tukar kasut kalau pakai kasut yang muncung nya ketat. Kalau bunion dah terbentuk, boleh cari kasut yang direka khas untuk masalah kaki seperti bunion.

2. Menggunakan ‘Bunion Correctors‘. Secara umum ada 3 jenis bunion correctors.

  • Toe Separators: Guna alat ini akan renggangkan jarak antara ibu jari kaki – jari kedua, so mengurangkan geseran.
  • Bunion Sleeves: Ia melindungi MTP joint yang terbonjol tu dari bergeser dengan kasut, dan dalam masa yang sama ia bantu meluruskan ( elak further misalignment tulang) ibujari kaki.
  • Bunion Pad/Padding: mengurangkan geseran dan beri rasa lebih selesa. Contohnya produk Dr Scholl’ s — Bunion Cushions.

3. Penggunaan alatan Orthotics ke dalam kasut/waktu malam, seperti bunion night splint ( rujuk gambar)

4. Ice compression – tuam dengan ais pada bahagian bunion yang sakit membantu meredakan bengkak.

5. Penggunaan pain killer , jika perlu (sakit kuat).

B) Rawatan Pembedahan

Surgeri mungkin diperlukan jika keadaan bunion makin teruk, dan segala usaha guna kasut khas/bunion correctors tak beri kesan yang dingini. Pembedahan bunion akan meluruskan balik tulang, tendon & ligamen kembali ke posisi asal.

Perlu difahami, pembedahan bunion dilakukan bukan atas sebab kosmetik, yakni bukan semata-mata buat surgeri untuk cantikkan semula bentuk ibu jari kaki tu. Surgeri hanya perlu kalau:

– Sakit yang ketara dan mengganggu kehidupan harian (susah nak berjalan/bekerja)
– Keradangan (inflammation) pada ibu jari yang teruk & kerap berulang ulang.
– Sendi MTP pada ibu jari kaki yang dah keras/tak boleh bengkok.

Ada banyak teknik pembedahan seperti mengikis bahagian bunion yang terbonjol (pembedahan Exostectomy), pembedahan meluruskan tulang ibu jari dengan memasukkan pin/skru (pembedahan Osteotomy), pembedahan membuang sendi yang dah rosak teruk dan tulang yang senget diluruskan dengan ikatan skru/pin/plate (pembedahan Arthrodesis).

Sumber: Dr Khairul Faizie