berita

Kejam! Tiga Orang Lelaki Rogol Kanak-Kanak Sembilan Tahun Secara Begilir-Gilir

November 29th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Indonesia telah dirogol oleh tiga orang lelaki dewasa.

Artikel Berkaitan: Remaja 14 Tahun Rogol Budak 3 Tahun, Buang Mayat Dalam Parit Belakang Rumah

Artikel Berkaitan: Terlalu Comel, Budak 2 Tahun Dirogol Jiran – ‘Dia Mengadu Kemaluan Sakit..’

Rogol bergilir-gilir

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, mangsa telah diikat dan tiga orang lelaki tersebut akan bergilir-gilir merogolnya. 

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Padang, Ipda Yanti Delfina, suspek didakwa melakukan jenayah rogol terhadap seorang pelajar sekolah rendah.

Tambahnya, tangan dan kaki mangsa diikat pada kerusi di rumah pelaku. Walaupun mangsa menjerit meminta tolong, suspek tidak menghiraukannya malah menampar munlut mangsa.

Bukan itu saja, mereka turut menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat sebelum merogolnya secara bergilir-gilir.

Walaupun begitu, ketiga-tiga suspek telah ditahan pada Isnin lalu.

Penjenayah itu ditahan tanpa sebarang tentangan dan dibawa terus ke Pejabat Polis Padang untuk siasatan lanjut.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×